Khamis, 7 Disember 2017

Untuk Beginner - Sixth Sense Atau Sekadar Perasaan?

Dalam dunia ni ada banyak perkara yang kita masih belum ketahui. Ilmu kita umpama setitik air di lautan yang luas. Hanya Allah S.W.T mengetahui segala-galanya.

Ada manusia yang dikurniakan pancaindera keenam. Tapi macam mana nak tau itu adalah sixth sense atau perasaan semata-mata? Bagaimana vision tu muncul? Selalunya orang yang masih belum mengasah kebolehan ini masih akan rasa ragu-ragu. Saya share tips yang mungkin dapat membantu (based on knowledge yang saya ada).

Apa-apapun, semuanya adalah kuasa dari Allah S.W.T.

1. Vision melalui mata hati
Sekiranya kemahiran itu belum diasah, kadang kala kita tidak dapat melihat 'sesuatu' itu dengan jelas. Mungkin samar-samar, gambaran 90% correct... tapi tak mustahil boleh jadi 100% betul. Vision seperti ini tidak dilihat dari mata kasar tetapi melalui mata hati. Seperti ada satu gambaran atau bayangan yang keluar. Kadang-kala vision diterima melalui suara yang berbisik melalui hati. Suara tu boleh jadi suara ahli keluarga kita, rakan-rakan atau suara sendiri.


2. Boleh nampak makhluk yang bukan berada di alam nyata.
Selain melalui mata hati, seseorang yang mempunyai sixth sense dapat melihat sesuatu (dengan mata kasar) yang orang lain tak dapat tengok. Contohnya ghost, spirit etc. Malah mereka boleh berkomunikasi dengan makhluk-makhluk ini. Apa-apapun, berhati-hati kerana 'benda' yang tak bagus seperti ghost kebanyakannya suka mempermainkan manusia.


3. Ada firasat tentang sesuatu.
Bukan ahli nujum. Tidak juga peramal. Tidak sama sekali! Firasat ini datangnya dari mata hati. Selalunya seseorang itu akan selalu memikirnya benda tersebut, selalu diingatkan oleh hati yang benda itu bakal berlaku. Contohnya, mengetahui hari ni ada orang nak datang. Untuk lebih tepat, orang yang mempunyai sixth sense boleh tahu siapa yang nak datang tu dan apa tujuan dia datang. 


4. Vivid dream
Dalam mimpi tu kita tau yang kita sedang bermimpi. Malah boleh control lagi mimpi tu. Kadang-kadang yang tak bestnya apabila berjumpa dengan makhluk ghaib di dalam mimpi. Boleh jadi meracau juga la sebab benda begini lagi senang nak tunjuk muka mereka yang sebenarnya. Oleh kerana vivid dream, dalam mimpi tu kita boleh fikir lagi apa nak buat supaya 'benda-benda' macam tu blah. Cara terbaik adalah dengan membaca ayat suci. 


Apa-apapun... tips yang saya bagi ni more to beginner punya la. Ada orang yang dah expert dalam perkara berkaitan sixth sense ni... actually ada banyak lagi benda boleh dibuat. Apa-apapun, being normal is great. Bersyukur dengan apa yang ada.

Minta pertolongan dengan Allah S.W.T, agar syirik itu tidak berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!