Khamis, 28 Disember 2017

Tips Rapatkan Hubungan Rakan Sekerja

Sejak semua (rakan sekerja) berpindah randah ni... nak berjumpa pun tak kerap mana lagi. Walaupun tak la jauh sangat mereka pindah sebenarnya. Hehe. Tapi nak ke tempat kawan tu punya la payah. Yalah. Masing-masing pun ada kerja. Takkan nak jalan lagi ke blok sebelah. Nanti boss nampak... jeng jeng jeng...

Dulu satu office senang sikit. Bilik sebelah adalah bilik saya, bilik yang satu lagi bilik kawan saya pula. Nak singgah pun senang. Selalunya dulu kalau saya stress buat kerja, mesti masuk ke bilik my colleague (hilangkan stress kononnya). 5 minit pun jadi la. Borak kejap. Lepas tu sambung buat kerja balik.

Sebenarnya ada cara untuk kekalkan keakraban dengan BFF sekerja kita. Saya kongsikan cara saya mengekalkan keakraban tu.

1. Group WhatsApp
Salah satu cara termudah adalah dengan mewujudkan group WhatsApp. Kalau saya... ada buat dua tiga jenis group WhatsApp sebab dalam tu berlainan ahli. Lepas tu ikut tema pula. Yang satu ceta pasal senaman dan diet seimbang, yang satu lagi cerita mengenai kejadian mistik pula etc. Ikut kreativiti kamu la nak buat macam mana.

2. Potluck
Cara lain adalah dengan buat potluck. Maybe boleh buat sebulan sekali. Time gaji tak masuk lagi... tu yang paling best buat potluck. Potluck ni di mana kita masing-masing bawa makanan sendiri dari rumah... lepas kumpulkan semua makanan tu dan lepas tu boleh makan sama-sama. Ni contoh potluck yang kami buat baru-baru ni. Tak perlu grand sangat. Asal mengenyangkan dan dapat bersembang dengan rakan sekerja, dah mencukupi. 

Menu pada hari ini. Ayam masak kicap, udang masak sos, sayur masak lemak, sambal mangga dan ikan masin. Makan dengan nasi putih, memang terbaik.


3. Melancong bersama-sama
Antara perkara yang paling saya sukai adalah melancong bersama-sama dengan rakan sepejabat. Kami dah pergi beberapa tempat, contohnya Kundasang, W.P Labuan, Sarawak, Kuala Lumpur dan Hong Kong. Memang best. Yang penting semuanya supporting. ^^


4. Riadah
Beriadah adalah salah satu aktiviti yang paling mudah untuk dibuat. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan dengan rakan sekerja, riadah juga boleh dibuat tanpa menggunakan $$$. Antara aktiviti mingguan kami selepas waktu bekerja adalah powerwalking, berbasikal, memancing dan pergi ke gym. Satu jam, dua kali seminggu pun dah memadai. :-)


5.   Keluar lunch sama-sama
Lebih kurang macam potluck juga tapi ni pergi lunch kat luar. Tambah lagi sekarang kebanyakan restoran menyediakam menu tangahari dengan harga khas. ♡.♡ Boleh pilih nak makan di mana.


6. Ziarah menziarahi
Haaa.... maksudnya pergi melawat ke office kawan-kawan. Kejap okaylah kot. Kalau lama-lama nanti kena marah oleh boss. Hehehe.... Tak pun, lepak time rehat pun okay.

Sebenarna ada banyak lagi cara keep in touch dengan rakan-rakan. Contohnya buat reunion atau family day etc. Tak limit kepada rakan sekerja, tapi boleh dipanjangkan kepada kawan-kawan yang lain juga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!