Jumaat, 1 Disember 2017

Review : The WOLO Bukit Bintang, Boutique Hotel Kuala Lumpur

Kalau berhajat nak stay di KL area Bukit Bintang, bolehlah menginap di WOLO, hotel butik yang memang cantik dan selesa. Yang penting... affordable price.

Hotel butik memang ada style tersendiri. Di Bukit Bintang tu actually banyak hotel butik yang cantik dengan harga berpatutan. Tapi in terms of location paling strategik, saya memilih WOLO. Paling hampir dengan subway (1 minit jalan kaki), dekat dengan Pavillion (4 minit jalan kaki), dekat ngan kedai 7 Eleven yang meriah (seberang jalan) dan dikelilingi restoran Middle East yang meriah terutama di waktu malam. Hotel ini juga terletak tak jauh dati hotel JW Marriott KL dan The Grand Millenium.

Saya booking di WOLO dengan menggunakan Agoda.com. Price per night bermula RM190+ sahaja. Bagi saya berbaloi dengan kemudahan dan jarak ke area shopping complex disekeliling. Oh ya. FYI - Juga tak jauh kalau nak ke Berjaya Times Square, Lot 10, Sungei Wang Plaza, Low Yat Plaza dan lain-lain. Semua kat situ-situ saja. Jalan kaki pun boleh.

Jom tengok keunikan hotel ini. 




Tak lama lagi nak X-Mas. Jadi banyak hiasan cantik-cantik di sini.

Bukan sahaja layanan staff di kaunter begitu baik, kalau time tu datang awal sebelum waktu check in, dan ada bilik available, you can check in immediately. So bilik saya terletak di Aras 8. 

Apa yang best, actually hotel ni nampak contemporary. Boleh tengok pemandangan di luar sambil baring tengok TV. Katil yang empuk, and of course pillows yang best.

Ini adalah cermin.

Dan sebenarnya belakang cermin tu adalah sinki. Sebelah lagi adalah almari baju.



Keadaan tandas dan bilik mandi yang besar. Jangan buka blind tu dah la. Hehe.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website WOLO Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


P/S - Foreigner akan dikenakan Tourism tax sebanyak RM10. Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!