Jumaat, 1 Disember 2017

Review : Cetaphil Gentle Skin Cleanser - Kurangkan Jerawat

Terus terang saya katakan... Produk Cetaphil ni memang bagus untuk orang yang berkulit sensitif. Selain itu, cleanser ni boleh membantu mengurangkan jerawat di muka.

Dulu pernah ada sekali viral tentang kebaikan produk Cetaphil terutama sekali kepada yang muka berjerawat. Yes. Memang benar. Saya dah mengunakan produk ni sebelum viral tu terjadi. Mulanya kulit saya tiba-tiba berjerawat balik (tapi tak banyak la). Then kering pula tu. Actually tersalah produk. So saya pun gunalah produk Cetaphil ni. Syukur dalam seminggu jerawat di muka makin berkurangan. 

Masa tu saya beli Cetaphil yang botol kecil. Oleh kerana harganya boleh tahan juga... jadi penggunaan kena berjimat cermat. Sehinggalah suatu hari Cetaphil saya dah habis! Lepas tu viral pula tentang kebaikan guna produk ni la... terus hilang jerawat la... then tiba-tiba semua tempat dah tak ada jual Cetaphil. Terpaksa la cari skin cleanser jenama lain tapi yang masih sesuai untuk sensitif skin. Sangat kecewa sebab produk tu tak bagus. Maka sukacitanya jerawat saya naik balik. 

Jadi sepanjang tempoh tu saya guna produk JF Skin Solution (yang saya pernah promosikan dulu). Okay juga cuma saya tak puashati sekiranya Cetaphil asyik sold out. 

Pusing-pusing di Watsons, tiba-tiba ternampak ada jual Cetaphil tapi botol besar. 500ml. Terus double bottles dalam satu pek. Harga RM96 kalau tak silap. Apa boleh buat. Nak beli juga. So far memang puas hati dengan produk ni. 

Bu the way, kawan saya pun sama juga muka berherawat akibat tersalah produk. Memang teruk muka dia time tu. Dia kata dia cuba produk Cetaphil, dan.... hasilnya menakjubkan. Memang muka licin lepas tu.

Kepada yang berminat... saya syorkan produk Cetaphil ni. Sesuai untuk semua jenis kulit. ^^

Untuk maklumat lanjut boleh layari website Cetaphil Malaysia.

Ni keadaan semasa muka saya (muka tak ada letak apa-apa krim atau mekap. Gelap sikit sebab baru balik dari pulau. Hehe)


Pros
  • This product sangat bagus
  • Mesra alam dan orang kulit sensetif pun boleh guna juga


Cons
  • Kena guna skit-skit sebab harga agak mahal

5 ulasan:

  1. Nda pernah pakai lg.. tp bunyi mcm bagus

    BalasPadam
  2. salam yNa.
    saya terbaca entry tahun 2015 tentang TCM Recipe yang anak buah Yna guna. ok ye cream tu? baby saya pon eczema kat muka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Zoora. Ya. Sangat berkesan. Anak buah saya guna krim tu, sekarang ni dah x kena eczema lagi.

      Padam
  3. nak Tanya, masih gunakan waazu ker? puas contact HQ waazu tp hampaa.... no response

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Dah x guna Waazu lagi sekarang.... Susah nak dapat stok..

      Padam

Terima kasih!