Khamis, 21 Disember 2017

Review : Burberry Eye Colour Cream

Oleh kerana eye shadow yang saya selalu bawa travel tu dah habis berkecai T.T .... so saya kena beli baru la nampaknya. By the way, suka sangat dengan eye shadow tu sebab kecil dan senang nak simpan. 

By the way, saya suka nude color dan nampak tak ketara sangat bila apply. Okay... since eye shadow dah RIP, saya pun try la eye color cream daripada Burberry ni. Saya memilih jenama ini kerana jenama ini sesuai dengan kulit saya. Lagipun dah ada koleksi mekap from Burberry, kiranya tambah collection la.

Okay. Ini la rupa Burberry eye color cream. Kalau nak order, boleh order dari Sephora atau terus ke website Burberry. Harga seunit adalah RM125. 

Taadaa. Nude color dan saya suka ^^ ♡. Actually saiz eye color cream ni agak besar sedikit berbanding eye shadow yang saya selalu gunakan. Dan heavier kerana bekas ini diperbuat dari kaca. But its okay. Still muat dalam travel case makeup saya. 

Sebenarnya ada banyak pilihan warna, tetapi saya pilih warna No.96, Sheer Gold. 

Testing di tangan. (Sekali sapu)

Kalau kena cahaya, warnanya macam ni.

Selepas saya sapu eye color cream. (Sekali sapu dengan menggunakan jari sahaja. Kalau saya memang jarang guna brush).

Pros:
  • Saya berpuas hati dengan eye color cream ni kerana memang ni la warna yang saya nak sebenarnya (masih nampak natural). Lagi satu, teksturnya juga ringan dan sekali sapu pun dah nampak rata. A little bit shimmering is okay for me. Lagi satu... senang nak tanggalkan juga. 


Cons:
  • Case agak berat sebab saya nak bawa benda ni dalam beg (for travel etc). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!