Ahad, 24 Disember 2017

Relax and Fine

Finally.... yeay! Last paper dah lepas (exam berakhir pada 22 Nov 2017). Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Lepas ni boleh fokus trip adventure kami. Plus... errr... thesis? -_- Apa-apapun, tak sabar dah nak pergi trip kali ni. Tapi kena settle beberapa hal dulu sebelum tu...

Arggh! Kalau boleh hujung tahun ni rasa macam nak cuti panjang sahaja. Cuti rehat pun banyak baki lagi. Actually no worries, tapi terpaksa lupakan niat tu kerana ada kerja-kerja sedang menunggu di pejabat. Yalah. Minggu ni dah banyak kali cuti akibat exam punya pasal...

Oh ya. Siapa tak tengok movie Jumanji baharu, boleh la tengok. Walaupun a bit different dari previous Jumanji movie... tapi serious lawak ceta tu. Actually hari tu lagi Jumanji dah keluar di cinema, kami dah bergegas tengok (stress punya pasal). Punyalah ramai orang masa tu. Tapi dengan adanya aplikasi GSC, saya hanya perlu beli tiket online sahaja.

....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!