Rabu, 20 Disember 2017

Rehat Dulu...

Tak lama lagi dah nak habis tahun 2017. Rasa macam kejap saja setahun berlalu. Dan... orang lain dah mood cuti... tapi saya masih lagi mood exam. Wawawa...

Jam 2AM, baru habis study. Duduk kejap taip blog bagi hilang stress. Actually tak sabar nak pergi travelling hujung tahun ni. Dah set siap-siap. Dan aktiviti paling best adalah hiking. Ada my colleague tanya saya pergi mana (sebab minta tolong dia jadi pengganti untuk cuti)... jadi saya bagitau yang saya masuk hutan. Nak explore gua. Mak aiih. Terkejut dia. Ingatkan nak cuti balik kampung. Reason saya nak pergi tempat tu... sebab tak pernah pergi sana lagi. Memang nak sangat pergi tapi tak ada masa sesuai. So ni kali lah. Harapnya tak hujan time tu. Tempat tu kat mana? Nanti saya ceta kalau dah sampai sana.

Untuk tahun depan... confirm paling banyak travel la. KPI tahun depan... to explore three different countries. Hopefully berjaya. Di mana negara tu? Nanti kalau dah sampai baru saya bagitau. Berpandukan bajet, tukaran matawang, masa dan keyakinan untuk pergi ke negara tersebut. Hehehe... By the way, tahun depan pun sebenarnya agak busy juga sebab kena buat thesis. Huahuahuaaa... Fening kepala 

Cakap pasal travelling ni kan.. actually dalam negara pun masih ada negeri yang saya tak pergi lagi. Perlis. Ni la ni... sepatutnya hujung tahun ni merantau ke Utara (ada tiket free) tapi tu la... tak ada masa yang sesuai. InShaaAllah... next next year mendaki gunung Kinabalu pula eh. Tak pernah sampai lagi. Kuang... kuang... kuang... Sebagai Sabahan, kena pergi juga mendaki Mt. Kinabalu.

Apa nak cakap lagi ya. Fikir dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!