Sabtu, 2 Disember 2017

Recipe : Home Made Bibimbap

Oleh kerana teringin sangat nak makan sayur-sayuran yang rangup, tapi makanan kena berat sikit supaya tak cepat lapar... jadi kali ni saya masak resepi bibimbap. Walaupun tak seperti orang Korea buat... janji ada kimchi, semuanya menjadi. Caranya senang sahaja. Tak semestinya kena guna bahan yang sama seperti saya buat. Boleh ikut cara tersendiri. 

FYI - Saya tak gunakan banyak rempah dan suka rasa yang neutral ^^

Bahan-bahan
  • 1/2 keping fishcake yang telah di slice nipis (kalau nak guna hirisan daging atau ayam pun boleh)
  • Sayur taugeh
  • Sayur bayam
  • Timun yang dipotong halus
  • Sebiji telur
  • Kimchi
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Minyak zaitun (untuk menggoreng)
  • Minyak bijan


Cara-caranya:
  • Goreng fishcake dengan sedikit minyak (saya guna minyak zaitun). Masukkan sedikit garam dan lada putih.
  • Dah siap masak fishcake, celurkan pula taugeh dan sayur bayam. Jangan lama sangat supaya sayuran kekal rangup dan segar. Kalau tak nak celur pun, boleh goreng sayur tersebut tanpa minyak. Yang penting nampak sedikit layu. Tak perlu letak apa-apa rempah atau perisa. 
  • Lepas tu goreng telur.
  • Letakkan semua bahan di atas nasi yang sedang panas. Jangan lupa letakkan hirisan timun dan kimchi sekali.
  • Tuangkan sedikit minyak bijan. Dan sedia untuk dimakan ketika masih panas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!