Jumaat, 29 Disember 2017

Ready and Set... Cerita Travel Lagi

KBaru lepas siap kemas barang-barang untuk travel nanti. Harap semuanya berjalan lancar. Biasanya saya bawa baju cukup-cukup sahaja. Tapi kali ni kena bawa lebih sikit. Sebab akan masuk hutan. Tentu baju akan kotor. -_- Dan... harapnya tak hujan la nanti. Sekarang ni musim hujan. Tapi kadang-kadang cuaca okay juga. Tak tentu.

Masih memikirkan nasib untuk tahun hadapan. Rasanya nak add on destination. Tapi kena pilih tarikh sesuai:

○ Januari - Dah ada itinerary.

○ February - Awal bulan tak boleh sebab baru balik dari trip. Tengah bulan pula CNY. So tiket akan mahal waktu tu. Hujung bulan pun tak boleh sebab kena prepare for next month punya trip. Actually my friend bawa ke Jepun waktu tu. Huaaaaa!! Masih berfikir lagi ni.

○ Mac - Dah ada itinerary. + Dah buka semester baharu. Kena bayar yuran lagi

○ April - Dah start kuliah. Waktu ni adalah  musim bunga escpecially sakura di Jepun, Taiwan... China etc ♡.♡

○ Mei - Dah start puasa. Tak boleh jalan. Cuma awal Mei boleh consider. Tapi thesis lagi satu hal.

○ Jun - Hari Raya Aidilfitri. Dan perhaps waktu tu final exam.

○ Julai - Final preparation untuk thesis

○ Ogos - Viva. Kalau viva awal bulan... lepas tu free. Ada harapan juga la.

○ September - Still kosong buat masa ni. Harap ada tiket murah.

○ Oktober - Jadual masih okay. Harap ada tiket murah. Hehe. By the way, jangan pergi ke China pada awal Oktober. Seriously sangat crowded. Tak best jalan.

○ November - Konvokesyen. Sibuk.

○ Disember - Orang bercuti. Tiket selalunya mahal.

Kesimpulannya... (Ogos), September dan Oktober sahajalah harapan. Tu pun tengok macam mana keadaan semasa. Kena tengok currency juga. Yalah. Sekarang duit Malaysia dah jatuh. But better berbanding awal tahun.

Antara banyak-banyak negara yang saya dah pergi, setakat ni my favorite adalah Hong Kong. Public transport - tiptop. Makanan halal - boleh cari. Orangnya boleh cakap Bahasa Inggeris. Cuaca pun best. Pemandangan cantik dan bersih. Yang penting ada Disneyland ♡.

Manakala tempat yang mempunyai makanan yang sedap adalah Indonesia. Orang Indonesia memang pandai masak.    Masakan Vietnam pun sedap juga. Kedua-dua tempat ni kalau nak shopping memang murah. But layanan orang Indonesia lebih mesra. :-)

Negara lain yang berada dalam list "must go" adalah... Japan, Taiwan dan Philipphine. Actually saya lebih suka pergi ke negara-negara Asia. Tapi kalau dapat peluang ke negara mat salleh pun okay juga.