Khamis, 7 Disember 2017

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 13

Sebenarnya banyak cerita mistik yang telah dialami sejak akhir-akhir ni. Cuma tak sempat nak taip sahaja. Maklumlah... hujung tahun ni busy memanjang. Exam pun dah nak dekat. Okay. By the way... saya cerita dulu pengalaman yang saya telah alami. Terpulang nak caya atau tak.

P/S - Erti kata 'melihat' di sini ialah dengan menggunakan mata hati. A clairvoyance. Masih beginner. Jadi vision yang saya lihat kadang-kala jelas... atau samar-samar. 

Atas Bumbung
Perkara yang paling tak best adalah apabila tinggal sorang di rumah. Kerana time tu ada saja kejadian akan berlaku. Okay. Masa tu saya baru balik dari kelas (habis jam 10PM). Masa tengah on the way nak masuk kereta, tiba-tiba muncul firasat yang tak baik. Ntah. Suddenly rasa malam ni ada 'benda' akan singgah ke rumah. Secara jujurnya, firasat tu mengatakan 'benda' tu muncul dari atas atap rumah. Mula-mula tak endah sangat tapi firasat saya kuat.


Okay.... balik rumah, dah siapa mandi semua, time to sleep. Tapi tak tidur juga.  Pegang handphone, nak menaip blog. Masa tu jam 1PM. Tiba-tiba dengar ada satu bunyi yang agak kuat landing di bumbung rumah. Baaammm!! Bunyi tu seperti... orang yang terjun. Dah tu... 'benda' tu berlari-lari. Dengar seperti bunyi kuku, then ada bunyi seperti batu bergolek-golek. Saya pun terus terhenti dari menaip blog. Dalam fikiran saya, takkan bunyi tikus begitu kuat. Atau... burung berlari-lari atas atap? Beratnya? Hissshhh. Masa tu mengharap janganlah ada jelmaan muncul pula di depan ni. Bunyi tu tak lama. Macam singgah sahaja. Tapi memang berjaga-jaga jugalah time tu.

Esoknya saya cerita dengan kawan saya pasal peristiwa semalam. Masing-masing bagi pendapat apakah sebenarnya bunyi tu. Selain tu, kawan saya ni juga bagi tips bacaan ayat untuk menghalau benda jahat. Sehari selepas saya cerita perkara ni, tiba-tiba dia WhatsApp. Dia kata... malam lepas kami bercerita tu, ada 'benda' datang. Berlegar-legar di udara di luar rumah dia. Errr... kain putih pula tu... 



Semakin Dekat
Kejadian ni agak baharu juga terjadi. Malam selepas Isyak tengah kenduri bacaan tahlil. Masa tu saya di luar rumah bersama yang lain. Tiba-tiba terasa ada benda datang. Mula-mula jauh... lepas tu makin dekat. Saya nak tengok muka benda tu... tapi dia tak bagi  nampak. Yang pastinya perempuan. Baju putih sampai bawah lutut. Kain koyak. Tak lama lepas tu, anak buah saya tiba-tiba menangis kuat. Tak nak diam pula tu. Sekali tu mata dia melilau ke atas. Apa lagi... my aunty terus bawa budak tu ke dalam rumah. Tetiba budak tu terus senyap dan tidur. Sampai sekarang tak tau apa benda yang datang tu. Tapi seram gak.





Tak Ada Biji Mata, Tapi Merenung Tajam
Ni antara yang scary juga la. Masa vision tengah terbuka... yang di alam satu lagi tu boleh tau kita ni nampak dia atau tak. Dan apabila dia nampak... mulalah nak merenung ke arah kita.


Malam tu kawan saya WhatsApp saya. Katanya anak buah dia selalu kena kacau 'benda'. Benda tu suka panggil nama, bersiul dan menganggu sakan. Mereka tengah pergi berubat dengan seorang yang pandai perubatan alternatif. Mula-mula kawan saya tak ceta bagaimana rupa benda yang mengacau tu. Tapi tiba-tiba datang satu vision... dan dalam tu saya nampak seorang perempuan. Tak ada anak mata. Mata dia putih. Pakai baju putih... rambut panjang dan kusut. Aura disekelilingnya berwarna hitam. Tak cukup dengan itu, perempuan tu merenung saya pula. Jadi saya describe bagaimana rupa benda tu. Dia tanya macam mana saya tau? Sebab memang yang menganggu anak buah dia ni jelmaan perempuan. ... Saya cakap saya teka sahaja. Malas nak bagitau hal sebenar. Takut nanti dia kata saya ni tak betul. Hisshh... seram pula. Nak dijadikan cerita... tiba-tiba rasa tak best. Vision tu datang lagi. Perempuan tu keep merenung saya. Macam... marah? Then terasa ada benda datang masuk ke dalam rumah. Rupanya kat depan TV tu pergi merenung saya semacam. Susah nak explain tapi lembaga tu saya sorang sahaja yang nampak (by mata hati) dan rasa kehadirannya. Hafiz tak nampak apa. Saya suruh perempuan tu keluar. Masa tu meremang habis bulu roma. Memang seram. Keesokan harinya saya ceta dengan kawan saya kehadiran jelmaan tu. Punyalah dia terkejut. Sebab anak buah dia ada bagitau ngan dia. 'Benda tu akan datang ke rumah aunty (saya)'. Tapi dia tak caya. Lepas tu dia ceta juga yang malam sebelum tu... rupanya dia bermimpi ada jelmaan perempuan hadir. Muka buruk. Pakai baju putih kain siap berkibar lagi... dan aura di sekeliling perempuan tu gelap hitam. Adakah benda yang sama seperti saya nampak?



Sayup-sayup
Kejadian ni baru berlaku dalam minggu ni. Actually sebelum tu pergi funeral untuk mendiang ayah kepada kawan saya (Chinese). Tapi tak nak ceta apa benda yang saya alami masa tu bagi memghormati my friend. Lepas ke funeral, sempat balik office lagi. Masa buat draf minit mesyuarat... time tu dah jam 6PM. Orang lain dah balik. Tinggal saya sorang di dalam office. Mula-mula tak rasa apa. Tiba-tiba feeling tak best after kawan saya WhatsApp saya. Rupanya ada benda berdiri di sebelah saya. Macam... spirit la lebih kurang. So saya minta dia beredar balik ke tempat asal. After saya cakap.. tiba-tiba ada bunyi 'wuuuuuuu.... ~' (dapat bayangkan tak bunyi macam ghost dalam TV. Bunyi sayup-sayup). Mula-mula ingat bunyi angin di tingkap. Tapi pokok pun tak bergoyang. Tak ada angin. Bunyi tu tak lama sangat tapi bit scary juga la. Nasib baik lepas tu ada staf saya masuk office sebab mereka baru habis mengemas barang lepas bengkel. Phew.  


Actually ada banyak lagi kisah mistik yang saya alami. Nanti saya cerita di next post. Kadang-kadang rasa teragak-agak nak post sebenarnya sebab takut orang kata saya mengarut. Ya. Nampak macam tipu kan? Maybe ada yang tak pernah merasai benda-benda seperti ini. Saya hanya ceritakan pengalaman yang saya telah lalui sahaja.

P/S - Saya telah mula berpengalaman mistik sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, kejadian seperti ini menjadi lebih kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

2 ulasan:

  1. Ini la blog yg sy suka baca..sbb sy mengikuti cerita mistik dan pernah alami juga..tq atas perkongsian

    BalasPadam

Terima kasih!