Rabu, 13 Disember 2017

I Guess So...

Cakap pasal 'guess', sekarang tengah end year sale termasuk kedai Guess. T-shirt boleh dapat harga RM50 okay. Actually saya minat satu jeans Guess tu... memang cantik, tapi seluar tu kalau saya pakai, panjang atas buku lali. So tak jadi beli la.

Okay baiklah. Baru lepas habis buat buat nota + study untuk exam yang sangatlah around the corner. Tahun ni scary skit sebab ambil subjek Law dan subjek Psychology. Glup! Usaha... selebihnya tawakkal sahaja.

Apa-apa pun, lepas habis exam ni... dah apa plan untuk travelling. This time adventure skit sebab masuk dalam hutan. Hehehe. Empat orang sahaja pergi termasuk saya. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar nanti.

Sebenarnya mata dah kelat dah tapi masih tahan lagi untuk habiskan ceta post blog yang ini. Dalam fikiran saya sekarang ni adalah 'vivid dream'. Actually dah banyak terjadi kepada saya. Vivid dream ni kita boleh kawal mimpi kita. Lepas tu siap boleh berfikir lagi di dalam mimpi tu. Huahua...!

Okaylah. Nak tidur dulu. Goodnight.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!