Sabtu, 16 Disember 2017

I Eat Clean ♡

Pertama sekali, clean eating adalah lifestyle, bukan untuk diet atau nak kuruskan badan. Maksud 'eat clean' adalah memakan makanan yang sihat. Lebihkan sayur-sayuran, lebihkan protein, kurangkan karbohidrat dan yang penting air putih kena selalu minum. 

Saya sentiasa amalkan makanan sihat. Kebanyakan masakan... saya tak letak banyak rempah. Untuk asas bahan, saya campurkan sedikit garam (saya guna garam bukit), white pepper serta limited used of gula pasir untuk balance kan rasa. Selebihnya... saya lebih suka makan salad atau ulam. 

Okay. Jom tengok menu 'eat clean' yang saya makan. ^^

Sarapan pagi amat penting untuk kita ambil. Jadi jangan skip sarapan okay. Ini adalah contou menu sarapan saya. Telur dadar, grill sausage dan timun. Taburkan sedikit white pepper and all done!

Saya suka ayam goreng. Tapi untuk kekalkan pemakanan yang sihat, saya hanya goreng isi ayam (menggunakan minyak canola). This menu + (sup sayur labu) sesuai untuk lunch for two.

Saya selalu craving for vegetables yang rangup. This one is vegetarian food. Teppanyaki dengan brown rice. Made with all organics. 

Another example of my breakfast. Half boil egg, raw red butterhead dan satu keping roti.

This one also lebih kurang sama. Sekeping roti (wheat grain), telur dadar dan raw green butterhead dengan dressing roasted sesame. 

Yang ini adalah tauhu dengan daun kucai + kacang buncis. Masak dengan sedikit garam, gula dan kicap. Makan panas-panas... memang best.

Ini masakan Jepun iaitu mushroom teppanyaki. Masa ni makan di NU Sentral. Memang terbaik.

Sup sayur + fishball. Ramuan lain... sedikit udang kering, garam dan gula. Dinner dah siap ^^

Di restoran Upperstar, saya suka order salad. Ceasar Salad also recommended.

Ini adalah teh kegemaran saya. Teh bunga ♡_♡ Tak boleh stop minum teh ni.

Jangan lupa amalkan minum air putih. 

Oh ya. Untuk sarapan pagi terutama hari bekerja (tak sempat nak masak sarapan), saya akan makan yogurt. Selain itu, yogurt juga untuk snek dan supper. Yay!

Saya suka susu terutama susu segar. Boleh jadi supper untuk saya. Di masa-masa lain... terasa nak minum susu berperisa juga. So I choose this one.

Makanan seimbang perlu disertakan dengan senaman. Seminggu buat tiga kali pun dah mencukupi. Kalau rasa malas nak pergi gym, buat senaman di rumah sahaja. These are my dumbbells. Hih.

Other side of my story. Walaupun eat clean.... tapi...

Kadang-kala saya ni suka cheat juga. I mean... makan manis. Yalah. Kerja dalam office boleh jadi tension. Mana lagi study yang memerlukan otak ni kena perah. Arrghh! Without sugar, selalunya tak boleh berfikir. So I need makanan manis. Tapi cheating time ni tak boleh juga terlalu cheat sangat. So saya buat begini :

  1. Saya peminat Coca Cola. Tapi saya minum Diet Coke.
  2. Walaupun saya bukan kipas susah mati kek... kengkadang rasa nak makan kek. So I choose high fiber cake rather than cheese or chocolate cake.
  3. Gula-gula? Sugar free candy/chewing gum. Choclate memang tak sentuh sebab tak minat.
  4. Keropok... err jarang makan. Saya gantikan dengan makan biskut fiber.


Lain-lain yang saya amalkan:

  1. Beras... saya pilih basmathi.
  2. Amalkan minum teh tanpa gula. I choose ceylon tea dan green tea.
  3. Innershine untuk boost up my day ^^♡
  4. Kalau terasa nak makan mi segera... make sure mi segera tu penuh dengan sayuran dan ada telur. 


Eat clean memang bagus untuk kesihatan. Bukan sahaja membantu untuk detox, malah membantu maintain berat badan. Low cholestrol, elakkan penyakit dan kuatkan tubuh badan. ♡^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!