Ahad, 10 Disember 2017

Breast and Buttocks Enhancement Cream. Betul ke Berkesan?

Saya agak skeptikal kalau ceta produk berkaitan breast enhancement cream atau apa-apa produk that makes your bosom and posterior (b&p) look firmer.

Pada pendapat saya, produk sebegini hanya membazir wang. Okay. Katakanlah produk ni betul-betul berkesan... rasanya dah lama jadi best seller product kerana ramai wanita yang nak menggunakannya. Oh ya! Semestinya plastic surgery untuk tambah saiz atau bagi montok b&p tak berapa laku dah.
By the way, masih terdapat cara semulajadi kalau nak dapatkan perky b&p. Tak perlu nak masukkan silikon... atau pakai krim bagai. Kuncinya adalah diet yang seimbang dan exercise. Banyakkan makan makanan yang mengandungi protein tinggi seperti telur dan ikan, kurangkan karbohidrat. Minum air putih dengan kuantiti diperlukan serta kurangkan makanan yang manis. Dan exercise tu perlu untuk burn fat and build the muscles. Lakukan senaman seperti squats atau push ups untuk mencantikkan b&p anda. Simple massage pun boleh membantu juga.

Therefore, hentikan dari membeli produk yang mengarut seperti krim b&p enhancement kerana ia hanya membazirkan wang anda. Selain itu, ada antara produk-produk ini menggunakan bahan yang tidak mendapat pengesahan pihak kesihatan, oleh itu dikhuatiri membahayakan kesihatan anda. Put aside produk sebegini, gantikan dengan pemakanan seimbang dan senaman yang sesuai. ^^

In addition - Breast enlargement exercise yang boleh dibuat di rumah... click link ini. Untuk butt enlargement workout pula.... click link ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!