Sabtu, 23 Disember 2017

Black Ramshorn Snail

Yeay! Akhirnya saya berjaya dapatkan siput ramshorn warna hitam. ♡

Agak sukar nak cari kedai aquarium yang jual siput ramshorn, tapi kedai aquarium di Sulaman (dekat dengan kedai Istana Ayam Tua), Sepanggar ada jual. ^^ RM1 seekor. So saya beli tiga ekor. Yeay!

Ini adalah siput ramshorn hitam saya. Welcome to the club!


Bersuka ria. Yang seekor lagi tak nampak.


Hobi memelihara siput ni tak sepopular pelihara ikan atau kura-kura. Kebanyakan siput-siput hanya dijadikan umpan sahaja. Atau sekiranya siput tiba-tiba muncul di akuarium ikan... biasanya siput tersebut akan dibuang kerana cepat membiak dan merosakkan tumbuhan di dalam akuarium. Tapi sebenarnya seronok kalau tengok siput ni bertambah-tambah. Juga seronok pelihara siput ni kerana tak susah nak menjaganya.

My red ramshorn snails. 

Siput ramshorn suka makan sayur tapi kena tengok juga sayur apa. Saya bagi makan timun atau kubis. Tapi mereka paling suka makan timun. Selain itu, siput ramshorn juga suka makan isi ikan.

Berhati-hati ketika membersihkan akuarium kerana khuatir anak-anak siput pun turut kena sapu bersih nanti. Nampak tak bintik-bintik halus seperti habuk tu? Itu adalah anak siput yang baru menetas.

Cara saya bersihkan aquarium hanya dengan membersihkan filter sahaja. Lepas tu segala kotoran akan diserap balik. Lagi satu, oleh kerana air aquarium ni air pandai berkurang juga. Jadi keep tambah... dan tambah. Siput ni tak akan terkesan pun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!