Jumaat, 29 Disember 2017

Backpackers Disember 2017, Part 1 - Sandakan

Akhirnya kami pun bergerak menuju ke destinasi bermula 29 - 31 Disember 2017. Kali ni kami pergi berempat... Destinasi ialah Kota Kinabalu - Sandakan - Kinabatangan - Ranau - Kota Kinabalu.

Syukur alhamdulillah... semuanya berjalan mengikut jadual seperti dirancang. Bermula jam 0730AM, bergerak dari KK ke Sandakan. Sampai di Sandakan lebih kurang jam 0300PM. Cuaca waktu perjalanan, kejap cerah, kejap hujan.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Destinasi pada 29 Disember 2017:

1. Puu Jih Shih Temple

Hari masih tak gelap lagi. Jadi kami singgah ke Puu Jih Shih Temple, Sandakan... iaitu tokong yang dibina pada tahun 1987. Tokong ini berada di kedudukan diantara bukit dan lautan. Dulu saya dah pernah pergi ke tokong ni, so tak amik gambar banyak sangat. 

Oh ya. Masa melawat sehingga jam 0430PM sahaja. Lebih kurang jam 0415PM... petugas tokong akan memaklumkan kepada pengunjung bahawa masa melawat dah nak tamat. Oleh itu, kena pergi sebelum waktu tersebut. :-) 

Sekiranya nak cari lokasi tokong ini terletak, anda perlu melalui jalan Cecily iaitu jalan menuju ke bukit (jalan agak berliku). Orang panggil jalan S.S. Kalau nak tau location dengan lebih detail, boleh tengok di dalam Google Maps sahaja.

Temple yang sangat cantik dan bersih. Masuk percuma.

Boleh menikmati pemandangan laut yang indah ♡

-
-
-
-
-
-
-


2. St. Michael's and All Angels Church

Destinasi seterusnya. Gereja ini merupakan Anglican church dan sebenarnya adalah the oldest stone church di Sabah. Siap dibina pada tahun 1925 (pembinaan selama 30 tahun) dan sehingga kini, gereja ini kekal tersergam indah. 

Anda boleh masuk ke dalam gereja untuk melihat ciri-ciri ukiran kaca yang begitu cantik. (Yuran sebanyak RM3 dikenakan). Walau bagaimanapun, masa melawat adalah sehingga 0430PM sahaja. Waktu ni kami dah tak sempat nak masuk kerana dah lewat sampai ke sini. Apa-apapun, masih dibenarkan untuk walking around di sekitar gereja ini. ^^

Disebelah gereja adalah sekolah St. Michael's Sandakan. Dan ini adalah tugu peringatan pengasas Scout Movement of North Borneo pada tahun 1913.

Sekiranya nak ke gereja ni, boleh jejak dengan menggunakan Google Maps atau Waze. 

Selama beberapa kali saya ke Sandakan, ni first time saya sampai ke tempat ni. ^^


Pandangan belakang gereja



Memorial stone. Dan dibawah plaque tersebut tertulis time capsule akan dibuka pada tahun 2038 dan 2088. Curious juga nak tau apa benda dalam tu. Tapi berdasarkan pembacaan saya, kebanyakan gereja mempunyai time capsule. Antara kandungannya ialah history gereja tersebut, surat tertentu etc. 



Lukisan di kaca gereja. Kalau tengok dari dalam lagi cantik.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas menuju ke destinasi 1 dan 2 tadi, kami pun berehat sebentar. Kali ni tinggal di Tyng Garden Hotel. Sekiranya nak berjimat, boleh tinggal di sini. Sebilik boleh dapat harga RM80 per night. Means, sorang just bayar RM40 sahaja. Boleh buat tempahan di Agoda.



Pemandangan luar tingkap.

Malam tu kami singgah makan di Restoran Ikan Bakar Sederhana yang terletak tak jauh dari hotel. Makan sotong bakar, ikan belais dan sayur-sayuran. Makan bersama nasi putih dan lada kicap. Memang terbaik kalau makan beramai-ramai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!