Sabtu, 11 November 2017

Treat Lembut untuk Kucing

Maklumlah... kucing saya ni agak memilih makan. Jadi saya umpan dengan treat supaya menaikkan selera untuk dia makan (makanan yang saya dah beli untuk dia!).

Sebenarnya saya jarang beli treat untuk kucing kerana tak ada keperluan. Tapi kali ni saya belilah. Biasanya treat dijual dalam tekstur yang kenyal. Tapi yang ni soft bits dan mudah untuk dimakan. Sesuai la untuk kucing saya yang kurang gigi (tinggal gigi taring sahaja).

Saya beli treat ni di JJ Pet Shop, UA, Sepanggar. Harga RM5.50 dan ada pilihan perisa. Dah sampai rumah, saya bagi dengan kucing saya. Suka pula dia makan benda ni. Tapi tak boleh makan banyak. Oh ya. Cara supaya dia makan makanan, treat ni saya pisahkan jadi kecil dan tabur atas makanan kucing. 

Sekarang ni selera makan dah okay balik. Kadang-kadang geram sebab kita beli makanan kucing ni mahal. Satu plastik /tin kecil berharga dalam RM1.50-RM3.90. Tapi datang ngada-ngada tak nak makan. Dengan adanya treat ni, masalah selesai.

Lagi satu, nak bagi makan kucing ada jadual. Tak boleh bagi makan banyak sangat sebab nanti jadilah keadaan seperti ini.

Apa-apapun, ini adalah treat yang saya beli.

Makanan kegemaran kucing saya adalah seafood

Made in Japan

Bentuk yanh comel. Bau pun cam sedap je. Hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!