Sabtu, 11 November 2017

Kedai Mihun Sup Ikan di Alamesra

Yang ni memang saya recommend. Antara sup ikan yang terbest setakat ni. Sebelum tu, kedai sup ikan ni terletak di Alamesra, betul-betul di sebelah kedai jualan kereta Perodua. Nampak sahaja signboard Sup Ikan, disitulah kedai tersebut terletak.

Semangkuk sup ikan berharga RM8.50. Boleh pilih nak makan dengan nasi, mihun, kuey tiaw atau konlou mee. Selain itu, kedai ini juga ada menyajikan menu lauk untuk nasi putih serta goreng-goreng.

Ni adalah sup ikan. Ditambah dengan tomato, tauhu dan sayur masin. Nak ikan goreng atau fresh... boleh pilih.

Konlou mee. Rasa seperti Indo Mee. Memang best

Jangan lupa untuk merasa Tom Yam sup ikan. Best.

Memang terbaik la sup ikan kat sini. Rugi tak try. Harga berpatutan, tempat pun tak crowded sangat. Teringin pula nak makan lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!