Rabu, 8 November 2017

'Tak Best' dan 'Best'

Okay... dah masuk bulan November. Rutin seperti biasa... By the way, tak lama lagi Majlis Konvo UMS yang ke 19 (18-20 November 2017). Kepada yang dah nak berkonvo, selamat berkonvo. Kepada staf yang bertugas... selamat bertugas. Tahun ni saya dah jadi AJK lain. Selama beberapa tahun di bahagian Protokol, lepas tu Tugas-Tugas Khas. Tahun ni di bahagian Busana pula. Hehehehe...

Oleh kerana tak ada specific tajuk di post ni, dengan itu saya bahagikan cerita kepada 'yang tak best' dengan 'yang best'. Kena mula dengan bad news dulu:

1. Yang tak best
Setakat ni bulan November tak ada apa yang menarik lagi. Hampir lupa ada beberapa orang yang birthday bulan ni. Tak terfikir lagi nak beli hadiah apa. Okay... Nak kata kerja super busy... sekarang ni tak juga kot. Tunggu nanti minggu kedua dan ketiga... memang busy punyalah. Working environment, sedikit tak best... due to a factor... which is... malas nak cakap. The best way is ignore sahajalah. Apa lagi ek? Oh ya. Hafiz tak ada. Outstation lagi. Duduk sorang dirumah sangatlah tak best dengan condition 'ternampak' dan 'terdengar' ni. Malas nak ceta pasal tu. Okay. Assignments berlambak. Tak lama lagi nak exam. Subjek Law punyalah susah. Thesis punya tajuk dah ada tapi proposal tak buat lagi. Bulan Januari dah kena submit proposal... Close family member ada yang kurang sihat. Buat susah hati kalau fikir. Family sebelah daddy pula ada yang passed away... pun buat sedih hati juga. Benda lain... kucing dah start tak nak makan brand yang selalu dia makan. Terpaksa cari makanan lain. Memang memilih skit kucing tu.


2. Yang best
Apa yang best? Tak ada yang best kot bulan November ni. Oh ya! Gaji awal. Oh yeahh... Lagi... Berat turun? Best atau tak best? Turun in healthy way okay. Tahun depan ada tiga tempat bakal dilawat. Tak sabar nak travel. Huahuahua! (Nyah segala assignments). Yuran semester ni pun dah habis bayar... Syukur alhamdulillah. Cita-cita tahun hadapan... ingat nak pergi ke Gua Gomantong. Cam best pula. Tak sampai sana lagi. Hari tu nak pergi after melawat uncle tapi tak sempat. Jadi... simpan niat untuk tahun hadapan. Presentation di kelas banyak dah yang settle... Horrray! Okay itu sahajalah. Tak banyak yang best.

2 ulasan:

  1. Oh UMS lambat konvo ye? Ipta lain banyak buat awal bulan Oktober rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Ya. UMS konvo pada bulan November. Tarikh diambil mengikut penubuhan UMS. ^^

      Padam

Terima kasih!