Sabtu, 28 Oktober 2017

So Amethyst

Tahun ni hadiah birthday untuk mama... saya belikan quartz sahajalah. Tak tau nak bagi apa sebenarnya. 

Taaadaa! Saya memilih Amethyst. Betapa cantiknya batu bewarna purple ni. Sangat cantik♡ Untuk dapatkan lebih banyak gemstone menarik dan cantik, boleh ke Natural Crystal Shop di 1Borneo Hypermall atau Centre Point KK. 

Actually quartz ada banyak gred. Biasanya kalau gred yang terbaik, color akan lebih gelap dan permukaan lebih nampak bersinar. Harganya juga lebih mahal dan mencecah ribuan ringgit. Kenapa? Kerana quartz tersebut digali jauh lebih dalam, rare dan mempunyai kualiti lebih baik. Deep Russian adalah gred Amethyst yang terbaik. 

Setiap gemstone mempunyai khasiatnya sendiri... dan anda juga boleh merasai getaran aura batuan ini sekiranya anda sensitif terhadap persekitaran. Cita-cita saya? Nak beli Amethyst yang lebih besar untuk dijadikan perhiasan rumah ♡_♡

Antara negara yang mempunyai tempat penggalian Amethyst adalah Sri Lanka, Brazil, Kanada, Korea Selatan dan lain-lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!