Ahad, 1 Oktober 2017

Rindu Blog

Dekat seminggu juga la tak update blog. Memang gila-gila sibuk sekarang ni. Mana lagi kerja... lepas tu kelas lagi. Cerita dalam kepala ni banyak nak dicerita... tapi bila sampai part nak draf blog, mata dah ngantuk (selalu menaip blog diwaktu malam a.k.a tengah malam). Yalah... sebelum masuk tidur mesti kena tengok tab dulu. Game punya pasal. Ciss!. Lepas main game, mata terus ngantuk. Ni pun tadi dah lelap sekejap. Then segar balik sebab nekad nak menaip blog.

Kelmarin pergi buat group assignment. Kami buat di Signal Hill Eco Farm. Terbaik layanan Mr. Lee. Di served menu breakfast yang super enak lagi dan sangat healthy okay. I really need this everyday. Masih terngiang bagaimana rasa sarapan tu. Nampak simple tapi punyalah sedap. Tak tau nak cakap macam mana. Nak rasa keenakan masakan di Signal Hill Eco Farm...sila layari FB Signal Hill Eco Farm.

Omelette, telur rebus, herbs and salad + dressing. All organics termasuk telur (breed ayam makan tongkat ali dan ginseng only. Tiada suntik dengan bahan kimia). Baru makan ni dah rasa kenyang sampai ke petang. Telur kaya dengan protein dan kepada yang nak bina badan... boleh makan telur setiap hari.

Signature drink - Kale juice + pineapple juice. OMG sangat sedap. Tak ada rasa macam wheat grass bagai. No need to add sugar... dah rasa manis. Kale sangay bagus untuk menyembuhkan dari penyakit kanser.

Sempat pula main kucing yang ada di sana. This is Niko.

Fascinating view. I love this place so much.

Lepas dari buat group assignment, petang tu rehat dulu di rumah. Punyalah jalan sesak hari ni. Biasalah kalau orang dah gaji. Lepas rehat... pergi melawat Dr. Shamsul di hospital. Sebelum balik, sempat makan kat UpperStar dengan Prof and the geng Pisang-Pisang. Then pergi cari makanan untuk my kucing, Moon Moon and for my (unofficial) Hitam Foundation - membantu stray cats.

Work? - Nahhh! Hari-hari rasa tension tu keluar. Biasalah kerja pejabat. Kalau banyak berfikir memang akan tension punyalah. However, kerja yang more practical pun boleh tension juga. Apa-apa la.

Teringin nak pergi melancong lagi. Waiting for my $$$. Once dah keluar... boleh pilih tempat menarik untuk dilawati. Mac 2018! See ya. Dah ada plan masa tu. Akan fly ke dua tempat. Harap-harap currency bagus la masa tu. Kalau tak... mesti tak best nak berjalan. Eventough backpackers kena juga guna duit. Hadoi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!