Ahad, 8 Oktober 2017

Review : Rosken Skin Repair - Dry Skin Lotion

Seriously... lotion Rosken Skin Repair Dry Skin Lotion memang bagus untuk melindungi kulit anda dari menjadi kering dan mengelupas.

Hari-hari di office duduk dalam aircond... lepas tu di rumah pun tidur dalam aircond juga. Kalau tak jaga baik-baik, kulit boleh menjadi kering sebenarnya. Actually sebelum ni saya guna lotion lain tapi memandangkan lotion tu dah habis dan punyalah malas nak beli baru... lastly pakai lotion yang sedia ada di rumah. (Sebenarnya ini adalah lotion Hafiz yang dia bawa pergi Jepun hari tu).

So far pakai lotion ni memang bagus. Kulit pun terasa lembut selepas menggunakannya. Kulit juga terasa begitu moist. Saya guna dua kali sehari iaitu pagi dan malam sahaja. Dan amount sekali guna tak perlu banyak. Sikit sahaja asal ada. 

Rosken Skin Repair Dry Skin Lotion yang saiz (75ml) ni sangat saya recommend untuk digunakan semasa travel terutama ke negara yang bercuaca sejuk dan panas. Masa tu la kulit kita akan menjadi kering bagai, dan lotion ni boleh membantu kita mengurangkan kulit mengelupas. 

Selain itu, kalau nak letak lotion ni di tapak kaki yang kering pun boleh juga. Tak jadi masalah. Letak saja. Boleh kurangkan masalah kulit kering.

Lotion ini boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!