Ahad, 15 Oktober 2017

Review : Mini Air Purifier dari Yubiso

Yeay! Akhirnya Yubiso dah ada di KK dan dibuka di 1Borneo Hypermall. Bestnya! 

Konsep kedai ini adalah menjual barangan Jepun. Actually barangan di Yubiso begitu berkualiti. Before ni pernah belikan Hafiz baju T cotton. Harga RM15 sahaja but fabrik yang digunakan begitu baik, tebal dan menyerap peluh. 

Kali ni saya beli mini air purifier Yubiso yang comel ini. Sebenarnya ada banyak design lagi tapi saya beli yang ini kerana ianya simple dan saya suka lampu yang tak bertukar-tukar (satu warna cukup). Harga air purifier ini adalah RM35 sahaja. Pattern lain ada yang harga RM50 seunit. Walaupun sebenarnya boleh dapat mini air purifier yang lebih murah, tapi kena tengok kualiti juga sebelum beli. 

Kenapa saya pilih mini air purifier jenama Yubiso? Solid dan material plastik yang digunakan juga tebal. Dulu pernah beli mini air purifier lain tapi tak tahan lama kerana plastik pandai mencair. Lagipun tak ada lampu >.< Uhuuu....

Apa yang bestnya mini air purifier Yubiso ni? Tak perlu nak cari suis plug untuk pasang. Hanya gunakan USB sahaja. Mudah kan? Oh ya. Kalau nak letak frangrance oil, jangan titik dalam air tau. Nanti permukaan plastik jadi berminyak pula. Titik di kapas air purifier tu sahaja. Dua atau tiga titik dah mencukupi ^^. Saya gunakan aromatheraphy perisa Peppermint daripada Young & Living. Sesuai untuk orang yang sinus dan alahan seperti saya. 

Pros
  • Mudah alih, senang nak pasang sebab guna USB
  • Contemporary


Cons
  • Cepat rosak
  • Harga kurang menarik

2 ulasan:

  1. Oooo kiranya boleh letak eola dlm tu yer. ... Titik di kapas yer.... Igt kan titik dalam air....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Ya betul. titik di kapas agar air dan permukaan x berminyak nanti. ^^

      Padam

Terima kasih!