Selasa, 10 Oktober 2017

Review : JF Skin Solutions

Akibat terlalu banyak makan seafood hari tu gara-gara pantang makan daging (ayam & daging merah).... akhirnya pipi saya tiba-tiba banyak jerawat. Mana lagi dengan stress kerja dan jari yang suka menggaru jerawat ni... hadoiii. Bertambahlah banyak benda alah ni

Ni nak prmote satu penyelesaian masalah jerawat sebegini dengan cara yang efektif dan murah. Dengan sabun sulfur JF Skin Solutions, ia boleh membantu anda. Sebenarnya dulu saya pernah guna juga sabun ni (time muka diserang jerawat kronik). Alhamdulillah memang muka dah tak berjerawat lagi lepas tu. 

By the way... sabun JF Skin Solutions ini dijual dengan harga RM10+ sahaja dan dijual di farmasi berdekatan anda seperti Watson dan Guardians. Seriously sabun ni memang berkesan. Untuk muka orang berminyak seperti saya juga sesuai kerana ia sekaligus mengurangkan excessive oil di muka. 
Please take note... selepas menggunakan sabun ni, muka akan terasa sedikit kering... mungkin sebab ada sulfur kot. But yang lain... memang sabun ni the best. 

Disamping menggunakan JF Skin Solutions... saya juga mengamalkan aktiviti berikut:

  • Minum InnerShine untuk membantu menjadikan kulit anda lebih sihat (1 minggu dua atau tiga botol)
  • Kurangkan seafood terutama udang yang mengundang jerawat
  • Saya juga mengunakan gel T3 untuk jerawat

Lihat hasilnya dalam tempoh dua minggu selepas penggunaan:

Gambar kiri SEBELUM memang banyak jerawat. Gambar SELEPAS dah kurang jerawat.
Inilah sabun JF Skin Solutions

Pros 
  • Bagus untuk kulit berjerawat
  • Harga berbaloi
  • Sabun boleh guna lama


Cons
  • Kulit muka boleh jadi kering
  • Tak sesuai untuk jerawat kronik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!