Isnin, 16 Oktober 2017

Review : Akemi Autograph Lenzing Modal Edelweiss Fiber Technology

Okaylah. Ni pun kira hadiah birthday juga. Oleh kerana dapat $$$ banyak... jadi baik beli benda yang boleh jadi kenangan. So saya beli cadar baharu. Taaadaaa! Jenama Akemi memang menjadi pilihan saya. Saya suka warna hijau, so saya beli warna hijaulah. 

Kenapa saya promote Akemi Lenzing Modal? Kerana cadar ini bukan seperti cadar biasa. Fabriknya yang lembut dan dibuat oleh Edelweiss Fiber Technology, amat dikagumi sekali. Dah la soft macam sutera, lepas tu kalau baring, badan rasa best saja. Sejuk. Lagi satu, cadar ni juga senang nak pasang di tilam. Sarungnya juga bersaiz besar. Senang nak bagi sarung kat bantal. 

Ada pelbagai corak dan warna boleh menjadi pilihan. Setiap set dilengkapi dengan cadar, dua sarung bantal dan satu sarung bolster. Oleh kerana saya suka guna banyak bantal, bantal lain tu boleh guna sarung lain la. Untuk bagi match dengan warna pilihan, boleh beli lagi sarung bantal extra. Saya mempercayai jemama Akemi kerana kualitinya yang baik dan tak pernah mengecewakan.

Harga set cadar ini ialah RM230+ (Queen size). Boleh beli di Parkson... Metrojaya etc. Walaupun harganya agak mahal sedikit, trust me... anda takkan kecewa dengan set cadar ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!