Ahad, 15 Oktober 2017

Cara Saya : Sajian Simple dan Tanpa Minyak

Saya paling suka makan makanan yang simple dan kurang rempah. Kalau memasak... saya suka masak dengan cepat. Biasanya saya akan prepare lunch atau dinner dalam masa 15 - 20 minit sahaja. (Bukan makanan tin atau mi segera okay). Masih menggunakan bahan mentah fresh, cuma cara memasak tu sahaja cepat. Jenis masakan? Contohnya sup ayam, saute vegetable, ulam dan lain-lain. Yang goreng-goreng kengkadang sahaja. Tak lama pun nak prepare semua ni. Lebih-lebih lagi if tak ramai ahli di rumah macam saya ni.

Kalau makan bersama nasi putih, biasanya akan hidang satu lauk dan satu sayur (sama ada ulam atau sayur tumis). Side dish saya akan prepare sekiranya ada permintaan dari husband. Kalau malas nak makan nasi, saya akan prepare makanan seperti roti atau sup. Bahan dalam masakan memang tak akan banyak yang penting ada rasa yang seimbang. Minyak masak jarang guna atau guna sedikit sahaja untuk tumis bahan. Sebab tu saya pakai kuali non stick. 

Jom tengok sajian saya pada hari ini. Oleh kerana husband outstation... so menu lagi la simple bebenar. 

Ini adalah lunch saya. Roti bakar. Saute vegetable (tumis dengan kerang - tak ada bawang) dan half boiled egg. Saya bukan penggemar telur rebus tapi kadang-kadang rasa nak makan juga. Sumber protein dan baik untuk kesihatan. Total time untuk prepare... 10 minit sahaja kot.

P/S - Untuk brekafast... saya makan makanan yang dah siap sedia seperti biskut, roti atau susu. 
-
-
-
-
-

Ini pula dinner saya. Tortilla. Lagilah simple. Tortilla wrap ni saya beli yang dah siap sedia. Boleh pilih nak perisa apa dan saya amik wholegrain. Inti dalam tortilla ialah sosej ayam yang di grill beserta kubis yang dipotong halus sebagai salad. Nak pedas? Letak sos cili.

Bagaimana nak masak dengan cepat? Bahan prepare awal. Dan yang penting dah plan nak masak apa.
-
-
-
-
-
-
Contoh sajian lain. Sup krim cendawan + sayuran dan oregano. Makan dengan roti bakar.


Atau sup sayur dan udang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!