Khamis, 12 Oktober 2017

Berkunjung ke Zoo Lok Kawi

Kalau tak tau nak ke mana hujung minggu, boleh ke Zoo Lok Kawi. Tak tau di mana tempatnya? Boleh tengok peta dengan Apps Waze atau Google Maps. Senang sahaja. Jika anda bergerak dari Putatan, anda boleh menuju terus (amik simpang jalan lama nak ke Papar). Kemudian jumpa traffic light dan belok ke kiri. Jika anda ikut jalan Penampang, boleh ikut jalan baharu after roundbout Donggongon. Apa-apapun, ada signboard Zoo Lok Kawi dipaparkan juga.

Zoo buka pada jam 0930AM hingga jam 0530PM pada setiap hari. Bayaran masuk pula RM10 sahaja untuk warganegara Malaysia manakala RM20 untuk pelancong asing. Kanak-kanak dan warga emas adalah percuma. Actually my mum dah mencecah warga emas tapi kali ni tak apa la. Duit bayaran masuk tu boleh bantu pusing balik modal untuk haiwan dan landskap di sana. ^^

Tiker masuk ke zoo. Supaya dapat tengok kesemua haiwan yang ada, pihak pengurusan zoo juga membekalkan pengunjung dengan map.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya ke Zoo Lok Kawi. Sebelum ni pernah pergi juga tapi time tu ntah dah berapa tahun berlalu. Tahun 2011 kot? 




Sun Bear



Proboscis Monkey. Teringat masa pergi Maliau Basin dulu. Time tu nampak monyet jenis ni tapi yang liar la. Nak amik gambar agak susah sikit sebab monyet tu duduk tinggi atas pokok. Sekarang dah boleh nampak dengan dekat.



Poney. Kesian nampak sebab tak ada kawan 😢




Yeay!

Saya suka pergi zoo. Kadang-kadang ada haiwan yang tak pernah atau jarang nampak, punyalah teruja bila dapat tengok secara live. 

Tapi bila haiwan dikurung, perlu make sure makanan, tempat tinggal dan landskap sekeliling dijaga dengan baik agar haiwan-haiwan tersebut sentiasa happy. So harap pihak pengurusan Zoo Lok Kawi dapat membuat penambahbaikan di mana-mana yang patut. Tahniah di atas usaha yang telah dijalankan dan semoga dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!