Ahad, 8 Oktober 2017

Berbasikal di Tanjung Lipat - Taman Awam Tanjung Likas

Akhirnya selepas setahun lebih basikal ni menjadi hiasan di dalam stor... kini kembali beraksi. Apa tidak... kalau tak ada kawan naik berbasikal, memang malas jadinya. Nasib baik kawan saya ada bawa basikal. Oh yeah. So bolehlah aktif berbasikal lepas ni.

Salah satu tempat yang paling bagus untuk beriadah ialah di Tanjung Lipat (Taman Awam Teluk Likas). Nak jogging pun boleh, nak bawa budak-budak ke taman permainan pun boleh, nak berbasikal pun boleh! Track untuk jogging tu share sekali dengan yang berbasikal. Di sini... senang nak kayuh basikal sebab tak berbukit. Kalau berbukit tu... adoi... sakit juga kaki mengayuh.

Hujung minggu kami akan pergi ke Teluk Likas after habis kelas petang. Masa yang paling sesuai adalah waktu malam actually sebab tak ramai orang. Lagipun tak panas. Kalau nak pergi petang pun okay juga cuma masa tu confirm orang ramai la.

Tak ada apa-apa bayaran dikenakan untuk ke Tanjung Lipat. Percuma sahaja. Orang selalu datang untuk picnic dan beriadah di sini. Pemandangan di Tanjung Lipat juga cantik. Dah la dekat ngan tepi laut, angin bertiup sepoi bahasa... lepas tu dapat tengok kapal dan kereta lalu lalang juga.


Pemandangan di Tanjung Lipat

Posing dulu

Pemandangan sunset di sini antara yang terindah. 
Pelancong juga selalu ke sini untuk menikmati suasana ini.


Time to go home!
-
-
-
-
Di hari biasa... kami berbasikal di UMS sahaja. Lepas habis waktu office... tukar baju dan apa lagi. Jom basikal! Tapi tak la tiap hari. Oleh kerana kelas semester ni jatuh pada hari Isnin, Khamis (dan Sabtu), maka hari berbasikal adalah hari selain tu. Kecuali Sabtu tu lain kes sebab kelas habis petang. So bolehlah pergi berbasikal selepas tu.

My humble bicycle. Kenapa pink? 
Kerana dah tak ada warna lain lagi untuk pattern yang cenggini. Amik sajalah. 

Tips berbasikal untuk  beginner:

  • Pakai helmet untuk safety. (Tapi saya pun tak pakai -_-)
  • Pastikan basikal dalam keadaan baik (gear dan break terutamanya)
  • Kusyen seat basikal... kalau boleh beli kusyen yang soft sedikit. Kalau tak... hadoi...
  • Bawa beg kecil untuk simpan kunci kereta, smartphone dan lain-lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!