Sabtu, 21 Oktober 2017

Belakang Tabir - Bengkel Penyediaan Risk Matrix Table Pengurusan Risiko 19-21 Oktober 2017

Alhamdulillah... akhirnya bengkel ini telah dijayakan tanpa sebarang masalah. Terima kasih kepada Prof Shoki dari UTM kerana telah memberikan tunjuk ajar dan ilmu yang bernilai kepada kami semua. 

Saya salah seorang fasilitator di dalam bengkel ini. Walaupun begitu, masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari lagi. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada kami semua dan membantu pihak pengurusan dalam membuat sesuatu keputusan. 

Sebenarnya bengkel ini adalah untuk mengenalpasti tahap risiko di universiti dan bagaimana cara untuk menurunkan risiko-risiko tersebut. Kaedah yang digunakan adalah dengan membentuk satu risk matrix table beserta cara pengiraannya.

Tahniah team Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan team Bahagian Audit Dalaman!

Masa cuti Deepavali... para fasilitator masih berkerja keras mengadakan perbincanan bersama Prof Shoki untuk persediaan bengkel keesokan harinya.

Taklimat daripada Prof. Shoki. Sepanjan bengkel ini berlangsung... Sabah dilanda ribut terutama kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya. Beberapa daerah mengalami banjir. Tapi bengkel tetap dijalankan. 💪



Team fasilitator yang supporting dan sentiasa gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!