Isnin, 23 Oktober 2017

Annoying - Semua Kerja Nak Post Dalam Facebook... 😐

Kadang-kadang cam tak best bila scroll Facebook... asyik-asyik nampak Si Polan buat ini... Si Polan buat itu. Lebih-lebih lagi jika gambar yang dipublished tu sebenarnya nak glamor saja... tapi dibelakang tabir, sebenarnya tak la hebat mana pun..

I mean... tak salah nak post. Saya pun kadang-kadang post juga dalam BLOG berkenaan kerja-kerja yang saya buat. Mostly kerja hakiki. Nak post tu pun sebab ada maklumat nak disampaikan. Honestly jarang nak post hal kerja di dalam Facebook. Sebab dalam tu ada ramai kenalan office. Bos, lecturer dan kawan-kawan sepejabat. Segan nak post... Nanti kena kutuk. Saya lebih prefer cerita di dalam blog kerana follower saya bukan di kalangan rakan-rakan sekerja, malah blog ini juga adalah diary a.k.a digital storage saya. Apa-apa boleh refer di sini. Lagipun follower tak ramai mana. Haha! So okaylah.

Saya bagi contoh la apa post yang bikin orang jadi annoying bila tengok. Contohnya Si Polan pergi luar negara... kononnya ada tugasan luar pejabat. Sebenarnya dia tak pun involve sangat dalam tugasan tu, brag sahaja lebih. Then, post pula gambar dari Day 1 sampai ke Day 10. (semuanya gambar jalan-jalan). Bruuhh!!

Contoh kedua... asyik-asyik post gambar mengiring Tan Sri dot dot... makan bersama Dato dot dot... meeting bersama Menteri dot dot... Tujuan ---> Supaya nampak penting sangat kot? Sebenarnya kalau di office... kerja pun tak nak.

Sebab tu la jangan post benda berkaitan kerja di dalam Facebook.

Kalau nak cari ilmu... kerja la untuk mengenal... bukan kerja untuk dikenal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!