Ahad, 17 September 2017

Resepi Tauhu Kering Goreng

Memandangkan stok fuu chok masih ada di rumah... dan teringin nak cuba resepi baru selain masak campur dengan sup sayur... akhirnya saya cuba resepi fuu chok goreng.

Bahan-bahan:
  • 1 pek tauhu kering (fuu chok)
  • Tepung fried chicken
  • Minyak masak


Cara-caranya:
  • Rendamkan fuu chock di dalam air sehingga menjadi lembut.
  • Setelah lembut, potong ikut nak besar macam mana.
  • Gaulkan bersama tepung fried chicken. Kemudian goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan.
  • Saya suka goreng sekejap sahaja bagi mengelakkan terlalu garing.
  • Toskan di tisu untuk elak minyak berlebihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!