Rabu, 13 September 2017

Nasi Goreng Segera (Ready-to-Eat-Meal)

Time ada kelas malam sahaja... selalu tak sempat dinner awal. Yalah. Punch out sepatutnya jam 0530PM, tapi confirm akan drag sampai jam 6 lebih. Kelas mula jam 7PM. Lastly untuk alas perut... cari minuman tin. Biasanya beli green tea (Heaven & Earth) sebab tu paling sedap, boleh cool down stress dan tak menyebabkan mengantuk.

Habis kelas jam 10PM. Kedai makan banyak dah tutup kalau area tempat saya tu. Buka pun kedai mamak. Kalau rajin... di rumah sempat masak lagi. Makanan yang simple sahaja seperti sup sayur. Paling malas... makan Maggi sajalah atau buka makanan tin.

Kadang-kadang lepas kelas suka singgah kedai 7 Eleven (dekat ngan rumah) cari something untuk dikunyah. Then suatu hari tu nampak ready-to-eat-meals ni. Made by Kota Kinabalu Food Industries. Dijual di kedai serbaneka 7 Eleven KK. Saya pun try satu. Mula-mula try Chicken Basil with Rice (time tu masih makan ayam lagi). Okay gak rasanya. 

Lama-lama tu terfikir.. baik saya beli produk ni sahaja untuk dinner lepas kelas malam. So far my favorite adalah Sambal Fried Rice. Agak pedas sebenarnya but memang sedap. Vegetable Fried Rice pun not bad dan sesuai untuk vegetarian. Satu pek dijual dengan harga RM6.20. Mihun goreng pun ada. Harga RM4.20. Tapi saya prefer nasi. Hehe.

Sekarang saya tak makan ayam dan daging. Saya cuba Vegetarian Fried Rice. Hafiz pula cuba Tom Yum Fried Rice. Nak prepare tu senang sahaja. Panaskan dalam microwave dan dah siap. Boleh makan.

Taadaa! Saya suka makan ngan kicap dan salad seperti timun atau butterhead. Nampak sikit tapi kalau makan... kenyang juga. Ni yang vegetarian. Ada campur cendawan juga.


Tom Yum Fried Rice ada simpan fishball dan isi ketam.

Ni my favorite. Saya rasa paling sedap antara semua. Dalam tu ada fishball dan ikan bilis juga. 

Nak tau dalam ni ada ayam atau tak... boleh tengok di ingredients. Kalau ada ayam... ada tulis 'contain chicken bla bla bla'. Kalau vegetarian... ada tulis 'vegetarian'. Info senang nak tau la.

Jadi jangan lupa try frozen food ni. Terutama sambal fried rice. Memang nice.

1 ulasan:

  1. Nasi goring sesekali makan sedap dan mudah menyediakan

    BalasPadam

Terima kasih!