Sabtu, 9 September 2017

Mi Udang, Daily Restaurant, Foh Sang, Damai

Antara mi udang yang nampak simple tapi antara yang paling best. Jom try di restoran Daily a.k.a Kedai Kopi Daily yang terletak di Foh Sang, Damai.

Actually kalau boleh hari-hari nak pergi sini tapi oleh kerana terlampau makan banyak udang menyebabkan alergik yang teruk (sekarang pun tengah dalam ke-arlegik-kan... dah seminggu)... maka tak dapat nak pergi setiap hari la.

Anyway, this prawn mee MUST TRY. Boleh pilih nak mi kuning atau mee hoon. Saya suka mee hoon. Kuah mi udang ni memang sedap. Selain udang, bahan lain yang dicampur termasuk telur, sayur kangkung dan fish cakes. 

Nak makan menu lain pun ada such as sotong kangkung dan bubur ikan. By the way, satu mangkuk mi udang ni tak mahal sangat. Dalam RM6 semangkuk.. Nak lepak di kedai kopi pun pun boleh sebab buka dari petang sampai ke pagi. Boleh order lagi makanan sambil bersembang sakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!