Ahad, 24 September 2017

Jaga Kucing Bengal

Actually ni adalah kucing my sister. Oleh kerana mereka bercuti ke Phnom Penh, jadi tak ada orang jaga kucing-kucing ni. Sebelum ni ada orang gaji. Sekarang dah tak ada. Nak simpan di pet hotel... tak berbaloi. Ada 12 ekor semuanya. 

Memandangkan rumah kami paling dekat ngan rumah my sis, jadi sayalah yang jaga semua kucing ni. Yang penting bagi makan, tukar air dan bersihkan tempat.

Di rumah... saya ada seekor kucing saja. Tu pun sebenarnya kucing jiran tapi dah tinggal di rumah. Tak banyak nak kena buat sebab tak aktif. Suka tidur dan makan. Haha. Tapi makan tu punyalah memilih. Nak wetfood. Tak nak kibbles. 

Okay. So inilah kucing yang perlu dijaga tu. Yang ni badan besar. Suka main. Tapi tak banyak bunyi. Jenis bengal cat.

Ni time aktif. Comel betul. 😍

Ni anak-anak dia. Ada banyak lagi sebenarnya. Yang bengal warna putih pun ada. Persian pun ada. Bagi penggemar kucing... memang heaven la. Tapi kalau dah banyak kucing... banyak juga nak kena buat. Ubat-ubatan lagi... nak mandikan lagi... makanannya lagi...

Ni anak kucing bengal punya pasal. Terlepas dari kurungan. Punya susah nak tangkap. Nakal bebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!