Isnin, 4 September 2017

Bla Bla Bla...

Update blog yang kurang consistent... Ada sampai seminggu tak buat entry baharu. Haisshh.... Tapi tak la sampai ke tahap setahun tak aktif... (mood deactivate).

By the way, semester ni terpaksa amik Law. Apa boleh buat. Secara tak langsung boleh la asah sikit kepala otak yang tengah study benda berkaitan governan ni. Makin lama makin minat pula. Lebih berminat banding masa handle risk management dulu.

Tak tidur lagi. Dah dekat jam 3 pagi. Dan... dalam bilik ni rasanya ada beberapa 'aktviti'. Baik buat tak tahu sahaja. Semalam masa tengah tengok TV tiba-tiba angin bertiup di area tengkuk. Rasa rambut juga terbang ditiup angin. Terasa macam kipas pun ada?. Tapi... kalau kipas tentu setiap masa rasa sejuk di tengkuk. Ni kejap saja.  Ntah. Malas nak peduli sangat...

Lebih baik tak nampak apa-apa dari nampak benda yang tak sepatutnya kita nampak. Kerana ianya boleh menganggu mood. Seriously. Tak tipu. Saya bersyuku kerana tahap saya tak extreme seperti orang lain. Ada orang yang sampai boleh 'masuk' ke tempat lain. Pernah tengok tak Dr. Strange? Yang scene girlfriend bedah hero... tapi hero tu instruct kena buat apa. Tu la dia.


Saya masih tak cerita lagi kisah dramatik yang saya telah lalui. Actually tak tau nak mula dari mana. Lagipun, takut nanti ada orang salah anggap yang saya ni nak meraih populariti dengan cerita yang... some orang kata mengarut. Mungkin mereka tak pernah rasa lagi keadaan yang kurang normal a.k.a paranormal. Seperti... dengar suara orang menyanyi sayup-sayup, ataupun... suddenly bau darah hanyir... atau... ada perempuan berbaju putih pegang kita dan terasa tangan perempuan tu sangat sejuk seperti ais.

Jangan menidakkan semua ini. Kerana semuanya ciptaan Allah S.W.T. Perlu percaya tetapi tak perlu takut kerana mereka juga tidak terkecuali bila tiba The End of Day nanti. Banyak benda di alam semesta ni masih tak diketahui. Betapa kerdilnya kita ni kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!