Rabu, 6 September 2017

Backpackers August 2017, Part 4 - i City, Shah Alam

Lepas rehat bagai... kami pun meneruskan perjalanan seterusnya iaitu ke.... i-City, Shah Alam 😍 

Ni lagi satu cerita. Selama saya dua tahun belajar di Shah Alam... tak pernah pergi i-City. Kesian betul 😂 Maklumlah... tempat saya belajar tu di Puncak Perdana. Jauh sikit la. Nak kena naik keta baru dapat sampai ke i-city.

Apa-apapun, dah tertunai impian selama ni. Lagipun sekarang i-city lebih cantik dan meriah. By the way, kalau nak masuk ke i-city tak perlu bayar apa-apa kecuali tiket parking. Untuk nak main permainan, perlu beli kad terlebih dahulu (RM8 sahaja). Kad tu boleh top-up jumlah yang kita nak. So everytime nak ke i-city, jangan lupa bawa kad ni okay!

Benda ni la yang saya nak main dulu. Ngeheheheh...

Ada banyak jenis permainan yang available di sini. Saya pun tak tau apa nama permainan tu tapi memang kids punya mainan la. Nak merasa snow pun boleh. Ada juga muzium 3D dan lain-lain.

Yeay! Pemandangan dari atas.

Yeaaay!

Kalau berhajat untuk tengok lampu-lampu yang cantik di i-city, better datang awal sikit. Nanti lambat sangat tak ada parking kerana i-city sentiasa penuh dengan orang. Saya datang pada jam 0630PM.



Ada berani? House of Horror. Masa ni saya tak masuk kerana ramai yang berbaris. Banyak lagi area saya perlu explore ni. Nanti tak cukup masa. 


Red Carpet. Nak masuk perlu bayar tiket. Dalam ni ada patung celebrities...alah.... ala-ala macam Madame Tussauds.

Sun Wukong!!
-
-
-
-
-
-
-
-


Lampu-lampu yang cantik di i city. 😍



Cantik 😍


Sebenarnya ada banyak kedai di sekitar i-city ni. Nak makan KFC... Subway pun ada juga. Oleh kerana saya sukakan Subway, so kami cari kudapan kat sini la. My favorite. Vege Delight. Roti honey oat bersama sos cili + sweet onion.

Lepas makan... cuci mata sekejap tengok lampu yang colorful, then kami blah ke Kuala Lumpur balik. Zzz...

P/S- Esoknya dah check out. Sebelum ke airport, jalan-jalan dul area Negeri Sembilan dan cari makan di sana. So untuk trip tiga hari dua malam ni, kami ke Pahang, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Next time nak buat trip Pantai Timur lagi. InShaaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!