Ahad, 3 September 2017

Backpackers August 2017, Part 3 - Batu Caves, Selangor

Lepas sahaja dari Bukit Tinggi (baca Part 2 di sini), kami pun meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu... singgah dahulu ke Batu Caves yang terletak di Gombak, Selangor. 
Walaupun saya pernah belajar di Semenanjung untuk tempoh dua tahun, tapi tak pernah ke Batu Caves lagi. Jadi inilah masanya untuk menunaikan cita-cita tersebut.

Masa tu agak traffic jam juga tapi berjaya masuk ke dalam Batu Caves akhirnya. Untuk masuk ke parking lot perlu bayar entrance fee tapi tak mahal. Dalam RM2 atau RM2.50 macam tu kalau tak silap. Tempat parking sangat luas, so tak perlu risau tak dapat parking.

Gerai-gerai menjual kalung bunga segar banyak terdapat di tepi jalan sebelum masuk ke Batu Caves. Bunga-bunga ini terdiri dari bunga jasmin, kekwa dan macam-macam lagi.

Antara tempat yang ada di Batu Caves

Akhirnya sampai juga ke sini! Punya excited.

Di belakang saya adalah tugu Dewa Muruggan, iaitu patung kedua tertinggi di dunia selepas tugu Kailashnath Mahadey di Nepal. 

Tugu ini mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan dan telah dilancarkan semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2006. Tinggi tugu ini adalah 42.7 meter dan sebanyak 300 liter cat emas telah digunakan semasa pembinaannya. Manakala pengukirnya adalah seramai 15 orang dan didatangi khas dari India. Sumber Wikipedia.

Untuk sampai ke atas perlu menaiki sebanyak 272 anak tangga. Beginilah pemandangan dari atas. Untuk makluman, Batu Caves adalah tempat suci, oleh itu tak boleh mengenakan pakaian yang pendek. Saya tak pasti, tapi rasanya para pelancong yang datang dengan seluar / skirt pendek boleh menyewa kain masa nak naik ke atas gua. Apa-apa pun kena check info ni sebab saya pun berdasarkan apa yang saya nampak hari tu masa melawat ke sini. 

Air terjun di gua Batu Caves


Inilah pemandangan gua Batu Caves

Kalau nak pergi ke sebelah atas gua lagi... kena naik beberapa anak tangga.

Banyak binatang yang tinggal di gua ini seperti monyet dan kelawar. Kepada pengunjung yang kering tekak sebab naik tangga, ada juga gerai yang menjual minuman di atas ni. Selain itu terdapat juga gerai menjual cenderamata dan susu lembu segar.

Selain tu, kalau para pengunjung nak tengok kelawar atau rarest spider, boleh berkunjung ke Dark Cave yang terletak di sebelah gua Batu Caves. Operation hour, setiap Isnin - Jumaat pada jam 10.00AM - 5.00PM dan untuk weekends serta public holidays pada jam 1030AM - 0530PM.



Saya ingat nak masuk tengok ke dalam, tapi kena berbaris dan tunggu masa lagi. Lagipun dalam gua tu sangat gelap dan anda hanya akan dibekalkan lampu sahaja. Dan yang membuatkan saya tak jadi nak masuk kerana di sini ada rarest spider.... -_- (Saya tak boleh tengok labah-labah)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas daripada Batu Caves, kami pun check in hotel, Kali ni kami memilih Furama Hotel yang terletak di Bukit Bintang. Saya booking through Agoda, kadar satu malam ialah RM204 sahaja (termasuk tax). Tanpa breakfast. Tapi staf yang baik hati telah upgrade bilik kami kepada bilik yang besar ni. Memang kali ni punya trip asyik kena upgrade bilik sahaja. Oh yeay.



Hotel ini adalah non smoking hotel yea.


Pemandangan luar. Berjaya Times Square di sebelah hotel ni sahaja. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebelum ke destinasi seterusnya, kami ke Pavillion dulu pergi cuci mata. Hajat nak pergi kedai The North Face yang baru buka di Pavillion.

Survey punya survey beg yang sepatutnya saya kena beli pada tahun ni (masuk dalam wishlist), akhirnya tak jadi beli kerana keluasan beg ni tak mencapai apa yang dihajati. Selain itu, beg ni ada dijual di dalam Zalora, tapi nasib baik la tak beli, Kalau tak mesti tak muat sangat pakaian untuk travel. Satu dua malam boleh la kot, tapi tiga malam dah tak berapa selesa. Maklumlah... kalau travel ni mesti ada something nak beli, walaupun souvenir tu tak besar sangat. Kalau perempuan ni lagi, nak bawa lotion la... krim la... walaupun semua travel size tapi kalau banyak benda nak bawa... penuh juga. Mana lagi telekung bagai. But this bag very effective kepada sesiapa yang bawa laptop atau fragile things kerana span dalam ni tebal. Bag Kaban The North Face dijual dalam harga RM599.

Masa kami pergi ke Pavillion, ngam pula tengah berlangsungnya KL Fashion Week.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oh ya. Siapa suka makan roti jepun di sini? Kalau ke Pavillion jangan lupa singgah ke My Croissant Taiyaki. Anda perlu cuba Azuki Red Bean croissant di sini. Satu dijual dalam harga RM7.50 sahaja. Selain itu terdapat juga takoyaki dijual di sini.





Sambung Part 4 di next entry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!