Rabu, 16 Ogos 2017

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 12

Memandangkan saya ada sedikit pengalaman berhadapan dengan benda-benda mistik ni, maka saya pun share la story dengan pembaca sekalian. (Actually ada satu lagi pengalaman yang agak dramatik jugalah tapi tu nanti baru saya cerita sebab long story).

P/S - Terpulang sama ada nak percaya atau tak tapi cerita yang saya taip ni based on pengalaman yang saya telah lalui.

Asap Biru
Berlaku masa tengah exam weeks. Masa tu memang selalu tidur lambat. Lepas tu terkena lagi time bulan Ramadhan. Orang selalu kata masa bulan Ramadhan, hantu semua kena ikat. Percaya tak kalau saya kata masih ada yang berkeliaran? Mungkin bukan syaitan tetapi makhluk lain. Dalam kehidupan ini... ada banyak benda yang masih kita tak ketahui lagi. Allah hu Alam... Dulu pun saya percaya kalau tiba bulan Ramadhan... semua "benda-benda" ni kena ikat. Tapi sejak dah kena explain baik-baik... barulah saya tahu keadaannya.

Berbalik kepada cerita... masa tu lebih kurang jam 0130AM hingga 0300AM macam tu la. Saya ni jenis suka buka pintu belakang supaya angin masuk. Jadi tak la rasa terkurung sangat di dalam rumah. Masa tengah study sakan tu... tiba-tiba terlihat seperti asap tapi tak la berkepul-kepul. Halus seperti kabus... Asap tu bermula dari belakang menuju ke hadapan ruang tamu. Kejadian ni berlaku beberapa saat sahaja. Lepas tu boleh pula dalam fikiran saya kata, "Eh...hantukah?". Lastly tak endahkan sebab saya fikir mata saya yang tak berapa betul. Maklumlah... asyik membaca nota. 

Asap tu lebih kurang warna cam ni tapi tak setebal yang dalam gambar ni la. Ianya seperti kabus. Dan Nampak agak bercahaya sedikit. Susah nak terangkan dengan detail.

Sekarang baru saya tau apakah sebenarnya asap biru tu. Next entry saya akan cerita kerana ada berkaitan dengan cerita dramatik yang saya mentioned tadi.




Siapa di dalam Tandas FPP?
FPP adalah nama singkatan bagi Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Setiap minggu sepanjang semester, kelas akan diadakan di sana. Sehinggalah pada suatu malam...

Saya ni jenis suka pergi tandas sorang. Yalah. Tak juga minta sesiapa tolong temankan memandangkan kawan-kawan pun sibuk mendengar lecture. Di FPP ada dua tandas. Satu kat hujung sebelah kanan (tak berapa jauh dari kelas tetapi orang jarang pergi). Kedua... hujung sebelah depan (jauh tapi orang selalu pergi).

Selalunya saya akan pilih tandas yang tak ramai orang kerana lebih dekat dengan kelas. Malam tu terasa sunyi. Memang waktu malam selalunya tak ramai orang di bangunan tu, tapi kali ni terasa sunyi sangat pula. Masa saya masuk ke tandas, tak ada apa berlaku sehinggalah saya basuh tangan di sinki. Suddenly rasa ada benda kat sebelah saya. Sebelah kiri tapi belakang sedikit dari saya. Saya pun terus toleh sebab nak tengok apa benda tu. Memang ada benda, then ghaib. Nampak ada kain warna putih. Tak terang sangat. Samar-samar. Panjang ala long dress.

Nampak tak baju tu terlipat-lipat. Cam tu la

Ilustrasinya lebih kurang macam ni. Kain tu boleh nampak labuh dan ada bahagian yang terlipat. Lepas tu saya pun terfikir la apakah bendanya tu. Hantukah? Then saya berlalu pergi macam tu sahaja. 

Sebelum kes ni terjadi, pernah sekali lagi terkena juga. Tapi time tu memang tak sanggup nak masuk ke tandas tu. Berhenti depan pintu masuk, then pusing balik cari tandas lain. Ntah kenapa, yang pastinya memang seram la.




Nyanyian Sayup
Ni berlaku semasa saya tengah draf entry ni pada 14 Ogos 2017.

(Sambung draf keesokan harinya). Okaylah... saya menaip waktu petang selepas office hour. Waktu tu hujan (musim hujan la katakan). Shadow of The Day - Linkin Park, itulah lagu yang saya pasang. Tengah draf blog... tiba-tiba dengar suara perempuan menyanyi. Sayup-sayup. Macam jauh betul. 'Mmmm... mmmmm....'. Macam tu la liriknya. Rasa ada benda perhati. Rupanya benda tu kat belakang kerusi. Perempuan. Terus balik la. Nak duduk lama-lama dengan benda tu pun nak buat apa juga.




Ingatkan Azan Subuh... Tapi Baru Jam 3.30AM
Ni berlaku masa bulan Ramadhan tahun ni juga. Kalau tak ada paper (exam), saya tak stay up la. Biasanya bangun sahur jam tiga lebih untuk prepare makanan. Tak ingat la masa tu hari berapa... tapi seperti biasa, kalau memasak saya akan buka pintu belakang. Nanti kalau tak buka, lemas pula dengan asap masakan. 

Tengah nak memasak.. tiba-tiba dengar suara, macam suara orang tua. Bunyi tu kira dekat juga la. Mungkin area pintu belakang. Tak tau cam mana nak explain suara orang tu, tapi mula-mula saya ingatkan bilal tengah azan (bunyi "aaaaaaa~" macam tu la). Dari rumah saya tu kadang-kadang boleh dengar suara azan. Tapi takkan bunyi azan lima saat sahaja. Then stop macam tu sahaja. Saya jenguk kat luar pintu, try dengar kot ada lagi bunyi tu tapi tak ada. Tengok jam, baru jam 3.30AM. Berfikir sejenak. Jiran-jiran saya pun orang Cina dan Kadazan... takkan jam tiga lebih pun bangun juga kan?

Lepas tu rasa seram sendiri juga. Cepat-cepat masak dan panggil Hafiz turun sahur. 



Lembaga Hitam di Pagar
Biasanya jika saya nampak benda-benda cam ni... saya tak akan nampak lama. Nampak beberapa saat sahaja, lepas tu hilang. Orang kata sebenarnya benda tu tak nak kita nampak dia. Tapi oleh kerana mata kita ni kadang-kadang cepat sangat, tu yang jadi nampak. 

Masa tu tak la lewat sangat kot. Lebih kurang jam 9PM macam tu la. Kucing ni buang tebiat ntah kenapa. Mungkin nak pergi membuang. Jadi dia mengiaw la dalam rumah. Saya pun buka pintu. Tengah buka pintu tu, agak terkejut juga la bila nampak bayangan lembaga hitam lebih kurang tinggi pagar rumah tengah berjalan. Slow macam terjengkit-jengkit. Then hilang macam tu sahaja. Tak tau la sama ada mata saya ni yang tak betul atau memang benda tu betul berjalan kat sana. 




Menumpang
Kisah tumpang menumpang ni selalu ada di dalam drama atau filem seram. Sebabnya memang betul pun makhluk ni suka menumpang dalam kereta. Sebelum ni dah pernah kena sekali. Time tu Hafiz tak ada. Outstation. Saya pun balik dari office sorang. Dalam perjalanan, saya bertelefon dengan mummy. Cerita punya cerita, suddenly rasa seram sejuk semacam. Bulu roma meremang. Sepanjang perjalanan tu la rasa lain macam. Sampai sahaja di rumah, still rasa tak tenteram. Bulu roma pun masih meremang. 

Bila masuk ke dalam rumah, ingatkan dah okay. Tapi keadaan masih sama. Saya pun terfikir... apa la yang sebenarnya ikut saya ni. Kenapa goosebumps tak pandai nak stop ni. Jadi saya try buka pintu belakang dengan harapan benda yang ikut tu keluar ke menerusi pintu yang saya buka tu. Selang beberapa saat, dah tak tak ada rasa apa-apa lagi. Totally hilang gosebump

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!