Sabtu, 5 Ogos 2017

Luggage Locker at KL Central : Dr Locker

Kepada yang nak menggunakan perkhidmatan luggage locker di KL Sentral, boleh gunakan self service locker ini yang terletak di Aras 2 berdekatan dengan kaunter Go Genting (Naik tangga, lepas tu kaunter berada di sebelah kiri). 

Ada tiga jenis locker yang available iaitu Small (RM10 atau RM15 tak ingat) Medium (RM20) dan Large (RM40). Harga kiraan adalah untuk setiap 12 jam.  

Ini adalah kaunter self servis Dr. Locker. Senang sahaja nak guna.


Instruction : Untuk menyimpan beg, (1) touch button 'deposit'. (2) Scan muka dan thumbprint. (3) Melalui skrin... boleh pilih nak simpan di locker mana satu. (4) Masukkan wang dan locker yang kita dah pilih tadi akan automatik terbuka. Pastikan masa masukkan barang-barang ke dalam locker, tak ada benda yang tertinggal lagi. Tak boleh nak buka balik-balik.

Untuk nak ambil beg semula, (1) tekan button 'fetch'. (2) Scan muka. (3)  Locker akan terbuka secara automatik.

Jangan lupa masukkan exact note(s) kerana mesin tidak menyediakan baki wang. For assistance... boleh approach staf Dr. Locker yang bertugas. 😀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!