Sabtu, 12 Ogos 2017

KL Trip 2.1 - From Taman Burung Kuala Lumpur, Planetarium Negara.... Muzium Negara to Petrosains Suria KLCC

Sambungan cerita KL Trip 2.1 Taman Rama-Rama Kuala Lumpur.

Kali ni saya compile cerita sekaligus...

Selepas berkunjung ke Taman Rama-Rama, anda bolehlah terus ke Taman Burung Kuala Lumpur yang terletak tak jauh dari sana. Kalau nak berjalan kaki pun boleh juga dan perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 9 minit sahaja.

Sebenarnya di area ni ada banyak lagi taman-taman menarik. Cuba tengok map dibawah. Yang ada tanda bulat merah tu adalah tempat-tempat yang saya dah lawati (Dengan berjalan kaki sahaja). Mula-mula Butterfly Park KL. Lepas tu KL Bird Park (9 minit berjalan kaki). Lepas tu ke Planetarium Negara (8 minit berjalan kaki) dan seterusnya ke Muzium Negara (8 minit berjalan kaki). Ingat nak ke Taman Botanical tapi waktu tu cam tengah renovate sahaja.

Sekiranya rasa tak larat berjalan kaki, anda boleh la menggunakan perkhidmatan Uber, Grab Car, Grab Taxi atau KL Hop-On Hop-Off bus (kena dapatkan tiket di kaunter terlebih dahulu).

Setibanya di Taman Burung KL, kena berbaris di kaunter terlebih dahulu untuk membeli tiket. Harga tiket adalah RM27 untuk dewasa dengan MyKad. Opening hour taman ini ialah 0900AM - 0600PM dan dibuka pada setiap hari. Untuk maklumat lanjut boleh layari Kuala Lumpur Bird Park.


Antara tarikan di taman ini ialah burung yang pelbagai warna dan begitu jinak sekali. Mereka akan berjalan-jalan di sekitar taman ini tanpa perlu dikurung di dalam sangkar. Selain daripada itu, ada beberapa kedai cenderamata dan kedai makanan ringan juga dibuka di Taman Burung KL, khas buat para pengunjung.

Burung di belakang tu memang tak takut langsung. Boleh cuba pegang kalau nak. Kalau nak bergambar di photo booth bersama burung nuri pun boleh juga.




First time nampak burung warna merah macam ni. Memang cantik sangat. Nama burung ini ialah Red Ibis. 

Taman ini begitu luas dan sesuai jika bersiar-siar bersama keluarga dan anak-anak. Tempat ini sentiasa dibersihkan oleh kakitangan bagi untuk menjaga kebersihan dan keselesaan pelancong.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas daripada Taman Burung, saya sempat singgah ke Sri Taman Memorial Tun Abdul Razak yang terletak tak jauh dari sana. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas tu terus ke Planetarium Negara (nak tau cerita Trip KL 2.0 ke Planetarium Negara... boleh klik link ini). Memandangkan aunty saya tak pernah pergi lagi ke sana, so alang-alang dah dekat tu pergi terus la. Masuk ke dalam adalah percuma kecuali jika berhasrat untuk menonton theater akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. 

Wajib bergambar di model kapsul Soyuz setiap kali datang ke sini. HaHaHa! Walau bagaimanapun, pada hari tu sedang dibuat sedikit pembaikan di Planetarium Negara. So ada mesin simulator yang tak boleh play.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selesai sahaja di Planetarium Negara, kami pun berkunjung ke Muzium Negara. Nak baca KL Trip 2.0 Muzium Negara, boleh klik link ini. Kali ni saya pergi tak ada apa-apa event berlangsung di Muzium Negara. Hari tu sempat tengok tarian orang asli. Pintu masuk juga berubah ke sebelah belakang pula. So okay la. Apa-apapun tak boleh miss bergambar bersama bas pink ni. Kebetulan baju pun pink, memang sama la.

Tiket masuk ke Muzium Negara adalah sebanyak RM2 sahaja bagi pemegang MyKad. 

Ada nak cerita sikit pasal duit ni. Pada mulanya saya nampak muka Agong dalam gambar tu. Lepas tu saya cakap dengan aunty saya, "Aunty... Agong ni dalam duit kita". Sambil dalam fikiran tu terbayang rupa duit RM1 dengan muka Agong. Lepas tu saya toleh ke tepi, tiba-tiba ada note RM1 di atas lantai. Punyalah ramai orang masa tu tapi satu orang pun tak amik duit tu. Apa lagi... saya pun ambil la. Dan inilah duit tu. 

Masa naik ke Aras 1 muzium, sekali lagi saya terjumpa gambar Agong. Tamak punya pasal, saya fikir lagi kali ni mesti dapat note RM100 pula. Sampailah saya turun ke kedai cenderamata muzium, terjumpa duit 10 sen pula. Lepas tu, dalam kedai tu ada jual wang syiling dan kertas lama. Saya pun teruja tengok duit lama ni kan. Then ada satu pakcik tu tiba-tiba tegur saya dan cerita mengenai sejarah wang Malaysia.... Pakcik tu pun explained masa dulu duit macam ni... macam tu... then dia tunjuk note RM100 yang lama, RM20 lama dan bla bla bla. Best juga cerita dengan pakcik tu.

Cuma tu la kot. Doa jumpa duit RM100, dapat 10 sen pula. Lepas tu ada pakcik yang cerita pasal duit. Syukur juga la. Dapat ilmu baharu. 
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas sahaja ke Muzium Negara, kami pun ambil taxi nak ke Suria KLCC (selepas Grab Taxi yang tak kunjung tiba. Salah jalan). Sebelum tu makan tengahari dulu kat food court KLCC sebab teragak nak makan teppanyaki. 

Pada mulanya berhajat ke Aquaria KLCC (Boleh klik link ni kalau nak tengok blog saya mengenai Aquaria KLCC). So kami pun berjalan through terowong Level G kat sebelah Maybank tu. Sampai sahaja ke Aquaria KLCC, makk aiihh. Punya ramai orang. Sesak. So tak jadi dan patah balik ke tempat asal.

Sebelum balik, masuk ke PetroSains dulu. Tiket masuk berharga RM16 untuk dewasa. Untuk senior citizen adalah RM10 sahaja. Dah masuk tu pun kena baris lagi untuk naik kereta elektrik tu. Dalam PetroSains tu punyalah ramai orang. Ada tempat yang tengah renovate lagi. Adoiii...... Penat. Advice saya kalau nak melancong... jangan cari waktu cuti. Ramai orang!!!

Obor-obor comel di PetroSains. Sama macam kat dalam Aquaria KLCC. 

Lepas dari tu kami balik ke hotel. Malam sambung ke pasar malam Masjid India. Tempat tu memang heaven. (Sabtu malam Ahad sahaja). Tu pun jalan asal tapak pasar malam tengah kena renovate. So pindah ke lokasi lain. 

P/S - Trip kali ni banyak sangat tempat renovate. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!