Rabu, 30 Ogos 2017

Backpackers August 2017, Part 2 - Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang


Keesokan harinya... kami pergi ke Japanese Village, salah satu tempat tarikan di Bukit Tinggi (must go). Tempat ini dibuka pada setiap hari, bermula jam 10AM hingga 5PM sahaja. Actually kalau nak pergi sini, hanya perlu bayar masa di entrance utama sahaja. RM16 untuk dewasa. Lepas tu dah boleh ke mana-mana seperti French village, Japanese village, taman botanical etc. 

Kalau dari Colmar Tropicale resort... agak dalam 5 - 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Oleh kerana orang akan sentiasa ramai, dinasihatkan pergi awal supaya senang parking kereta + nak amik gambar pun cantik (sebab tak ramai orang lalu lalang interframe belakang gambar). Selain menaiki kereta, anda juga boleh menaiki free shuttle transport yang disediakan di hotel. Kenderaan ini bergerak setiap 45 minit, bermula jam 0945AM dari hotel ke Japanese Village dan seterusnya.

Tempat menunggu free shuttle bus di Japanese Village.

Sebelum naik ke Taman Jepun, ada statue tangan Buddha berdekatan parking

Untuk ke Japanese Village, kita perlu menaiki anak tangga. 88 anak tangga tapi penat juga la sebab lepas tu kena naik bukit skit.

Kawasan ni adalah kawasan tinggi. Disekeliling pula hutan belantara. Boleh dengar bunyi monyet, burung dan lain-lain.

Tempat-tempat menarik di sekitar Japanese Village.

Cantik!

Sebenarnya nak sewa baju kimono pun boleh juga (RM20 seorang) tapi oleh kerana tempat ni agak panas juga... jadi saya pun rasa tak nak la sewa baju. Dengan peluhnya nanti.. tentu rasa tak selesa. Hehe...

Rumah tatami. Teringat cerita Doraemon

(Edited)






Di sini juga ada kedai souvenir. Boleh beli cenderamata untuk kawan-kawan... Minuman ringan dan aiskrim juga ada dijual di sini.

Bunga yang cantik. Actually di sebelahnya adalah Taman Botanikal tapi saya tak pergi kerana nak travel ke tempat lain pula.

Semoga berjumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!