Khamis, 6 Julai 2017

Take Care of Tanjung Kubong

Tempat ni dah jadi tumpuan penduduk dan pelancong. Ramai yang pergi bersiar-siar... ada yang pergi jogging etc. Kadang-kadang ada pertandingan marathon lagi. Signboard ke Chimney dan Pusara Peringatan British pun dah ada. Tong sampah dan pondok tempat berehat pula disediakan untuk kemudahan orang awam. Manakala di sebelah atas bukit, ada track untuk motorcross.

Dulu tak macam ni. Tempat ni sunyi. Tak ramai orang kecuali orang kampung dan nelayan. Masa saya kecil dulu memang suka mandi laut di sini. Asal sahaja pulang kampung, confirm masuk laut. Apa tidak... rumah pun dekat. Kayu-kayuan mati yang banyak di tepi pantai di sini kami jadikan pelampung. 

Bila masuk musim obor-obor... tak berani mandi. Pergi cari siput dan remis sahaja. Memang ni la hobi saya kalau balik kampung di Tanjung Kubong. Tak sah kalau tak pergi pantai. 

Dulu rumah datuk jauh sikit. Kat sebelah Chimney. Tapi nak pergi pantai boleh ikut shortcut. Sekarang kawasan tanah arwah datuk dah dijadikan Muzium Chimney. Jadi kami pindah ke kawasan jauh sedikit, tetapi lebih dekat dengan pantai. Pantai Tanjung Kubong.

Hari Raya pun pergi pantai cari siput

Waktu air surut. Ni tak surut betul-betul lagi ni.

Kawasan sini sangat tenang

Air yang jernih

Gua di tepi pantai

Bila ke pantai Tanjung Kubong... rindu zaman kanak-kanak dulu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!