Sabtu, 22 Julai 2017

Susu Kacang Soya V Soy, Terbaik!

Kacang soya banyak khasiatnya. Salah satu boleh menguatkan daya ingatan. Selain itu ia juga mengandungi banyak protein dan jika bayi mengalami alahan dengan susu lembu, boleh digantikan dengan susu kacang soya. Tambahan pula, kacang soya merupakan sumber makanan vegetarian yang popular. 

Apakah jenama susu kacang soya kegemaran anda? Saya tentunya V Soy. Rasanya lebih lemak dan sedap berbanding jenama lain (bagi saya la). Susu kacang soya V Soy boleh didapati di mana-mana supermarket. 

Actually susu kacang V Soy terdapat dalam dua perisa iaitu Original atau Multi Grain. Tapi saya lebih menyukai yang original. Kalau minum waktu cuaca panas, ditambah lagi susu kacang baru keluar dari peti ais... memang terbaik la. 

P/S - Susu kacang homemade pun sedap juga. Yang fresh dan masih panas, anda patut cuba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!