Khamis, 6 Julai 2017

Review : Hotel Labuan Point

Hotel Labuan Point mempunyai beberapa cawangan di W.P Labuan. Dan satu lagi cawangan telah diwujudkan pada 7 Jun 2016.

Raya tahun ni kami balik ke kampung di Labuan. Yalah... saudara mara ada ramai, so ada yang kena tinggal di hotel sebab tak cukup ruang. Rasa cam nak try Hotel Labuan Point cawangan baharu sebab nampak menarik. Lagipun kadang-kadang outstation, ingat nak cari hotel yang selesa, kualiti bagus tetapi harga lebih murah.

Jadi saya book through Agoda.com and managed to get cheaper price at RM112 (standard room without breakfast). Original price is higher than that. Anyway, time nak check in... kebetulan hotel pun ada buat promo sempena Hari Raya... dan sesiapa yang walk in boleh dapat harga RM120 for standard room, deluxe RM140. Apa-apa pun... Agoda still termurah.

Apa yang best mengenai hotel ni adalah parking space. Rata-rata hotel (budget) tak sediakan tempat parking, but Hotel Labuan Point mempunyai parking yang luas. Walaupun hotel ni terletak jauh sedikit dari Ujana Kewangan (kalau jalan kaki about 15-20 minutes kot)... tapi tak jadi masalah kepada yang mempunyai transport. Hotel ini juga menyediakan shutter bus ke lokasi yang berdekatan.

Service juga bagus, friendly staff dan bilik sangat selesa okay! Walaupun standard room. Saya bagi ☆☆☆☆. Katil yang empuk, same with any other five star punya hotel di Labuan. 

Tak try lagi makanan di sini sebab book room without breakfast. Tapi based on review dari my friend, makanan di sini nampak menyelerakan.

All new and modern concept

Yang paling penting, not partially open bathroom... bukan pintu cermin, air panas boleh di adjust dengan baik, free toiletries yang lengkap.

Etc - Ada refrigerator, aircond yang bagus, banyak suis plug, free bottle water dan ada TV with several channels

Saya tak kisah sangat view kat luar, anyway tilam dan bantal sangat empuk dan selesa. Towel sentiasa bertukar dan bilik dikemaskan. 

View Hotel Labuan Point dari luar pada waktu malam.

Next time boleh stay di sini lagi 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Hotel Labuan Point di 087 411 444 atau email di labuanpointhotel@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!