Jumaat, 21 Julai 2017

Resepi Maggi Tiram

Kepada yang tak try lagi mi segera (Maggi) campur dengan tiram... saya syorkan untuk cuba. Memang sedap. Senang saja nak masak ni.

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mi segera (Saya pilih jenama Maggi perisa ayam)
  • 1 biji telur ayam
  • Tiram (amount ikut suka nak banyak atau sikit)
  • Sayur-sayuran seperti kubis atau sawi
  • Air untuk masak mi segera

Cara-caranya:
  • Masak mi segera seperti biasa. 
  • Apabila mi segera dah mendidih, masukkan sayur-sayuran, sebiji telur ayam dan tiram. 
  • Kemudian tutupkan api. (Jangan biarkan tiram terlalu masak).
  • Siap untuk dihidangkan. Sedap jika ditambah sedikit serbuk lada putih dan makan bersama sambal kicap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!