Sabtu, 15 Julai 2017

JJCM : Royal Fried Chicken, Kota Kinabalu

Kepada yang suka makan fried chicken segera dan nak merasa yang berbeza dari kebiasaan, boleh try di Royal Fried Chicken. Terletak di Ground Floor, Centre Point, Kota Kinabalu (tak jauh dari kedai The Bodyshop).

Ada banyak set menu yang boleh dijadikan pilihan... Hari ni saya amik Set E yang bernilai RM11.90 sahaja. Set ini mengandungi dua ketul ayam (boleh pilih original atau spicy chicken), coleslaw, mashed potato dan air minuman karbornat.

Royal Fried Chicken

Coleslaw dan mashed potato. Apa yang best rasa coleslaw di sini ialah tak rasa berlemak sangat (lemak mayonise) dan mashed potato yang mempunyai extra sauce.

Saya pilih ayam goreng spicy. Rangup di luar... juicy di dalam.

Ayam goreng di Royal Fried Chicken sememangnya crispy. Thumbs up untuk ini. Kepada yang masih tak rasa ayam goreng kat sini, cubalah rasa. Memang tak rugi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!