Sabtu, 29 Julai 2017

Jalan-Jalan di Gaya Street

Tamu Gaya Street adalah 'must go' untuk pelancong yang datang ke Kota Kinabalu Sabah. Dibuka awal pagi hingga tengahari, hanya PADA SETIAP HARI AHAD SAHAJA. Jangan lupa berkunjung ke sini.

Kenapa Tamu Gaya Street begitu menarik? Di sini ada jual kraftangan, anak pokok, pakaian, kuih muih tradisional, minuman yang sejuk yang best diminum dikala cuaca panas.... dan lain-lain. 

Baru-baru ni saya pergi ke Tamu Gaya Street. Hajat nak mencari anak pokok bidara. Memang ada dijual. Tapi kalau nak cari pokok ni, bukan yang kat tamu sebelah depan tu... tapi kena pergi sebelah yang area belakang yang berjual totally sayur-sayuran tu. Tak jadi beli sebab harga pokok tu RM82. Mak aii... Mahal. Apa tidak. Anak pokok tu dah tinggi. Lepas tu siap ada buah lagi. Kawan saya kata... susah sikit nak tanam pokok ni. Kena jaga betul-betul.

Apa-apapun, harap enjoy la dengan gambar-gambar saya yang tak seberapa ni.

Tamu Gaya Street hanya dibuka setiap hari Ahad sahaja. 

Walaupun tengah syok cuci mata... jangan lupa jaga keselamatan diri dan barangan anda.

Pelbagai barangan ada dijual disini. 
Kalau nak cari barangan rare pun ada juga seperti antik dan lain-lain.

Nak senang... baik pergi awal pagi kerana senang nak cari parking kereta. Lagipun tak berapa panas. Kalau pergi lewat, ramai orang. 

Kepada peminat binatang seperti anjing, kucing, burung dan ikan... juga ada dijual di Tamu Gaya Street.

Kaktus 😍

Jus nanas yang diminum di dalam buah nanas tu sendiri. Setakat ni menjadi favorite para pelancong

Kucing 😍😍
Nak beli souvenir seperti keychain dan fridge magnet pun ada dijual di sini

Comel 😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!