Ahad, 2 Julai 2017

Before and After Aquarium Filter

Filter akuarium amat penting untuk mengekalkan kebersihan air di dalam akuarium. Filter yang kecil sesuai untuk akuarium yang kecil... manakala filter yang besar pula untuk akurium yang dalam dan bersaiz besar.

Saya ada membela siput ramshorn merah. Walaupun tak memerlukan penjagaan yang rumit, tetapi air perlu ditukar juga bagi mengelakkan jangkitan pada cangkerang siput.

Cara saya membersihkan akuarium siput mungkin berbeza sedikit. Oleh kerana anak siput begitu halus, maka saya tak buang air akuarium sehingga habis (khuatir terbuang anak siput). Semasa membersihkan, saya akan tinggalkan 1/4 air. Jadi, mestilah ada kotoran yang masih tertinggal.

Apabila saya masukkan air baharu, saya biarkan kotoran yang tertinggal tu terkacau. Then pasangkan filter dan biarkan filter menyedut segala kotoran. Siput boleh tahan dengan air paip biasa tetapi saya suka letakkan beberapa titik anti klorin di dalam akuarium. 

Apa-apapun, filter amat penting untuk mengelakkan akuarium kotor. Siput suka makan sayur-sayuran seperti timun, kubis dan sawi. Kadang-kala sisa sayuran boleh meninggalkan kotoran. Dengan adanya filter, ia membantu menyedut sisa sayuran tersebut.

Sebelum filter

Selepas filter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!