Jumaat, 23 Jun 2017

Review : Hada Labo Premium Hydrating Lotion

Kepada yang mengalami masalah kulit kering.... saya cadangkan untuk guna Hada Labo Premium Hydrating Lotion ini. Memang terbaik.
-
-
-
-
-
-
-
-
Tak lama lagi dah nak raya. Kulit saya pula tiba-tiba nampak kering. Mungkin kerana kurang minum air, + aircond + cuaca yang tak menentu + selalu lambat tidur. Dah try guna mask muka (I choose Naruko Raw Job's tear). Lepas pakai mask tu, kulit muka ada okay sikit... then balik lagi jadi kering. Dah masuk kulit kering tahap dua kalau tengok saya ni. Seriously tak nak nampak kulit kering pula bila Hari Raya nanti.

Sebelum ni pernah beli moisturizer (jenama lain). Tapi tak dapat repair masalah dry skin yang saya hadapi. Maybe moisturizer tu tak berapa sesuai dengan saya kot.

So saya pun try my trusted brand - Hada Labo untuk repair balik kulit saya ni.

This is it. Hada Labo Premium Hydrating Lotion. Ada dijual di Watsons atau Guardian. Price dalam RM50+. Tapi sangat berbaloi. 

Apa yang best berkenaan Hada Labo Premium Hydrating Lotion ni... ia mengandungi lima jenis Hyaluronic Acid yang mempunyai fungsi berbeza untuk merawat dan mengekalkan kelembapan kulit.

Lepas beli produk ni, balik office terus saya try. Dah tak tahan lagi rasa kesakitan kulit kering ni. Actually kegunaan ideal adalah dua kali sehari. Boleh digunakan waktu siang sebelum apply mekap nak pergi kerja dan malam sebelum tidur. 

But seriously, after applied produk ni kat kulit.... dah boleh nampak effect segera. Mula-mula pakai memang rasa sticky la. Tapi lepas biar kering kejap, dah okay. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Keesokan harinya... selepas tiga kali applied.

(1st masa kat office... 2nd sebelum tidur. 3rd keesokan harinya sebelum pergi kerja).

Sayangnya tak amik gambar sebelum penggunaan. But boleh kata bahagian dahi dan pipi ada sedikit kering, tepi dan bawah hidung paling teruk kering. Saya juga selalu menggunakan Hada Labo Hydrating Cream sebelum pergi kerja. (Gambar no filter)

Produk Hada Labo tidak pernah mengecewakan saya. Dan ni adalah antara produk terbaik mereka untuk merawat kulit kering selain. Untuk meningkatkan kelembapan kulit, boleh juga menggunakan Hada Labo Perfect Gel di waktu malam dan Hada Labo Hydrating Cream pada siang hari. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Hada Labo Malaysia.


2 ulasan:

Terima kasih!