Selasa, 13 Jun 2017

Kilang Minuman SkyBlue Labuan

Hanya di W.P Labuan sahaja yang ada jual minuman SkyBlue. Kalau nak cari kat Sabah pun ada juga cuma kena pergi area Papar atau Beaufort. Tu pun harga dan mark-up + kalau ada... ada la. Tak ada, apa boleh buat.

Ada banyak jenis kilang SkyBlue ni keluarkan.... seperti air karbornat, kordial dan drinking water. Kenapa minuman SkyBlue ni sangat famos? (Terutama kordial pisang). Actually susah nak cari kordial perisa pisang. Plus.... minuman SkyBlue tak manis sangat. Harganya juga murah dan berpatutan disamping kualiti yang baik.

Untuk mengetahui lokasi kilang SkyBlue, boleh klik link ini. Location

Ni screenshot yang saya ambil dari GoogleMaps. Actually kena ikut jalan SK Patau-Patau sahaja.

Kalau dari bandar menuju ke Patau-Patau, dan nampak sahaja signboard putih Kg. Patau-Patau Satu, terus masuk u-turn sebelah kanan jalan dan masuk ke simpang yang ada tanda anak panah merah tu.

Inilah rupa kilang SkyBlue. Kalau nak beli minuman kena masuk pagar sebelah tepi tu. Cash and carry. Murah-murah.

Boleh beli di sini terus. Ada banyak jenis minuman. Pilih mana satu.

Air karbornat sarsi pun ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!