Sabtu, 3 Jun 2017

Gemstone Collection - Fluorite

Saya amat meminati gemtones dan crystals. Bukan sahaja ianya cantik tetapi juga baik untuk kesihatan.

Although taklah banyak sangat koleksi, tetapi sedang dalam proses penambahan. Terbaharu saya beli batu Fluorite (yang cantik ♡) ni. Saya beli di Natural Crystal Shop, kedai yang menjual batu dan kristal asli. Terdapat beberapa cawangan kedai ini seperti di Centre Point dan 1Borneo Shopping Mall. 

Kecantikan batu-batu ini begitu menarik perhatian. Sebenarnya saya beli yang ni sebab nak buat perhiasan dalam rumah... disamping untuk energy balancing dan healing. 

Actually kalau nak pilih batu, kena tengok apa fungsi sebenarnya. Contohnya Pink Quartz atau Rose Quartz digunakan untuk inner peace dan relationship. Manakala Citrine adalah untuk prosperity dan self esteem. 

Tetapi jika batu itu menarik perhatian anda, maybe that's the right stone you should have.

Saya memilih Fluorite. Kehijauan batu ni begitu cantik dan tak jemu untuk melihatnya ♡

Sebenarnya Kristal (putih) adalah batu terbaik untuk re-energized batu lain. Tetapi batu berwarna juga masih boleh buat benda yang sama juga. After cleansing my Jade, saya dah boleh re-energized bangle saya di batu Flourite ni.

Harga setiap batu adalah mengikut saiz dan kualiti. Ada yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Contohnya Burma jade (jade dari Myanmar adalah berkualiti tinggi) with certificate boleh dijual dengan harga RM1000 ke atas. 

FYI - Jade boleh berubah warna mengikut pemilik. Sedikit perkongsian untuk melihat jade palsu atau asli:
  1. Jade merupakan batu yang keras dan tak mudah calar. Oleh itu jika ditoreh dengan pisau sekalipun tidak akan meninggalkan kesan. 
  2. Cuba lihat jade anda dari sinaran lampu. Jade original takkan ada nampak gelembung atau bubble didalamnya. 
  3. Jade asli berat jika dibandingkan dengan yang tiruan. 
  4. Permukaan jade juga sejuk dan licin seperti marmar. 
  5. Jika dilagakan bersama jade lain akan menghasilkan bunyi yang lebih harmoni berbanding yang tiruan. 


Jade yang berwarna gelap tak semestinya lebih baik dari yang berwarna terang. Untuk maklumat lanjut boleh tengok dalam website lain yang available. 

Source Pinterest
Makna dan kebaikan sebahagian healing stones.

Maybe ada yang tak percaya dengan kebaikan gemstones. Namun penggunaannya telah lama dipraktikan ribuan tahun dahulu. 

Saya nak kongsi sikit after saya beli Flourite saya. Perasan tak masa kita beli batu atau kristal, batu tu akan 'dicuci' terlebih dahulu menggunakan mangkuk yang dibunyikan. Actually ianya adalah proses cleansing menggunakan bunyi. Secara tak langsung juga akan bagi clear balik energy batu tersebut. 

Jika kita fokus betul-betul, kita akan merasakan perbezaannya. Mungkin tak semua orang boleh rasa atau nampak... Cuba kita letakkan tapak tangan kita di sekeliling batuan ini. Tak perlu sentuh batu. Lepas tu kita akan rasa sense of energy or electric yang mengalir ke dalam badan. Akan menyebabkan sedikit rasa kebas atau 'semut-semut'. That's the energy! Saya share info ni based on experience saya sahaja okay. For those yang ada keistimewaan, mereka boleh nampak kepulan asap (seperti wap sejuk) disekeliling batu ini apabila dicaskan bersama batu lain. I'm not sure but I can see white aura around it.

Mungkin next time saya boleh share more stories about gemstones dan cara untuk DIY cleansing dan re-energized. :-) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!